Pergi ke kandungan

Kris (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Kris)
Kris
Anggota kumpulan Kris.
Dari kiri: Lomaq, Joey, Alim dan Mukhris
Maklumat latar belakang
AsalMalaysia Malaysia
GenreHard rock, Pop rock, Rock kapak, Rock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
Alat muzikVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1995
Syarikat rakamanGong Production (1991–1995)
Life Records (1991–1995)
Musica Studio's (Indonesia)
Kegiatan berkaitanM. Nasir
Hattan
Kumpulan Mega
Kumpulan Crossfire
Kumpulan Search
Ella
Ruhil
Anggota semasaAlim - Vokal
Mukhris@Aboi - Gitar
Lomaq - Bes
Joey - Dram
Pautan berkaitan
Pautan lainMusicBrainz: 2a1ed8dc-c0f8-461f-a7e3-2f905ef2b7ef Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan menyampaikan lagu-lagu rock berbahasa Melayu. Kumpulan Kris muncul di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanah air, sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock lain seperti Dinamik, WOW, Blackrose, Crossfire, Damasutra dan Laksamana. Kris juga merupakan kumpulan rock ketiga dari Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Life Rekod (kini Life Records) selepas Bumiputra Rockers dan XPDC.

Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Sejarah Awal

[sunting | sunting sumber]

Pengasasan kumpulan Kris ditelusuri seawal tahun 1991 apabila pengurus syarikat produksi Gong Production iaitu Hussien Ali atau Pak Hussein hendak menggabungkan artisnya, Alim dengan pemuzik-pemuzik berkaliber untuk membentuk sebuah kumpulan rock baharu atas saranan M. Nasir. Pak Hussein kemudiannya mendekati Munir, pemain dram kumpulan Ella & The Lips dan mengajaknya untuk turut serta dalam projek tersebut. Merasakan itu peluang keemasan untuk meninggalkan Ella & The Lips, Munir terus sahaja menerima pelawaan tersebut dan kemudiannya mengajak Lomaq dan Mukhris untuk menubuhkan kumpulan rock demi memenuhi tawaran Pak Hussein.

Namun tawaran dari bekas anggota kumpulan FRU, Mat yang menginginkan Munir untuk menyertai kumpulan Mega menyebabkan Munir terpaksa melupakan hasratnya itu. Projek tersebut kemudiannya diteruskan oleh Lomaq, Mukhris dan Alim dengan Joey dibawa masuk sebagai pemain dram tetap mereka. Dengan kemasukan Joey, terbentuklah kumpulan rock baharu yang dinamakan Rajawali dan menandatangani kontrak rakaman album pertama yang hanya tinggal sesi rakaman vokal sahaja.

Namun setelah proses tersebut siap, mereka dikejutkan dengan isu nama Rajawali apabila terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut dan telahpun memasarkan album mereka di bawah label Sinar Muzik. Tidak mahu isu tersebut berlarutan, mereka sepakat untuk menukar nama kumpulan kepada Kris yang diambil daripada nama sebuah senjata yang digunakan oleh orang Melayu iaitu keris. Akhirnya, album pertama Kris berjudul Tiara mendarat di pasaran pada pertengahan tahun 1991 di bawah label Gong Production sambil Life Rekod (kini Life Records) bertindak sebagai pengedar album.

Anggota kumpulan

[sunting | sunting sumber]
  1. Abdul Halim bin Mohd Bukhari (Alim) - vokal
  2. Mukhris bin Abdul Talib (Mukhris@Aboi) - gitar
  3. Musa bin Mohd Taib (Musa@Lomaq) - bass
  4. Abdul Hamid bin Shahlan (Hamid@Joey) - dram

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  1. Tiara (1991)
  2. Ratna (1993)

Album lain

[sunting | sunting sumber]
  1. Revival of the Forgetten Rock Kapak (2012)

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)

[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

Anugerah dan Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik FM)
Tahun Tajuk Kedudukan
(23Ogos - 19 Sep) 1993 Lagu Cenderawasih 1
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Karya Keputusan
1991 Tiara Menang

• Juara Lagu

tempat ke -3


• Persembahan Terbaik tempat -3


• Lirik Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1992 Penyanyi Berkumpulan Popular Tercalon
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya Keputusan
1993 Video Muzik Terbaik Cenderawasih Tercalon

Info Tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Pemain bass Kris, Lomaq merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan rock lagenda negara, Search iaitu Kid (gitaris asal kumpulan Gersang) dan Din. Lahir dalam keluarga seni, Lomaq merupakan anak kepada pemuzik terkenal Taib Othman dan juga anak saudara kepada bekas anggota kumpulan Carefree iaitu Rahim Othman yang juga seorang komposer dan penerbit terkenal.
  • Lomaq juga merupakan pemain bes pertama kumpulan Crossfire sekaligus pemain bes asal kumpulan Mega dan sempat terlibat dalam rakaman album pertama Mega pada tahun 1989. Namun setelah siap merakamkan beberapa buah lagu, Lomaq meninggalkan kumpulan tersebut atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
  • Joey merupakan pemain dram asal kumpulan Mega sejak era Maiden Child pada tahun 1987 dan terlibat sepenuhnya dalam album pertama Mega. Namun disebabkan gaya permainannya yang statik dan terlalu mengikut gaya muzik Iron Maiden, Joey terpaksa dikeluarkan daripada Mega tidak lama selepas selepas vokalisnya, Zarith disingkirkan oleh pihak pengurusan.
  • Mukhris atau Boy merupakan bekas gitaris kumpulan Pratayuda, sebuah kumpulan rock dari Kuala Lumpur yang pernah disertai oleh Dato' Hattan sebelum menyertai kumpulan FRU. Pratayuda sempat muncul dalam album kompilasi War Rock 1 di bawah terbitan Mutiara Records.