Langsuyr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Langsuyr)
Langsuir / Langsuyr / Riusgnal
Berasal dariIpoh, Perak, Malaysia
GenreBlack metal, death metal
Tahun aktif1991-sekarang
Syarikat rakaman
  • Nebiula Production
  • Clockwork Records
  • Mamat Records
  • Legion Music
  • Goatlordth Records
Pengkarya berkait
Ahli
  • Azlanthor
  • Batara Guru
  • Sakka Euronous
  • Mirlanast
  • A.P Filthgrindz

Langsuyr atau Langsuir merupakan sebuah kumpulan ekstrim metal yang berasal dari Ipoh, Perak.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1991 - Langsuir adalah antara kugiran awal yang menjadi pengasas kepada muzik death metal di Malaysia. Semuanya bermula di MRSM Muar pada tahun 1991. Bentara yang ketika itu masih belajar sibuk berfikir untuk menubuhkan sebuah band death metal yang unik, yang melangkau batasan pemikiran peminat muzik metal underground ketika itu. Setelah meneliti beberapa nama akhirnya Bentara memilih Langsuir sebagai nama band dan dipersetujui oleh rakan-rakan di Ipoh. Seterusnya, di MRSM Muar jugalah Bentara telah mencipta ketiga-tiga lagu dalam demo Occultus Mysticism (OM). Di Muar, beberapa rakan MRSM beliau membantu sesi reharsal di jamming studio. Line up jamming ketika itu, Batara - gitar, arwah Mohd Asid - vokal, arwah abang Mustapha - drum, Ganja-bass.

1993 - Dengan line up penuh, Bentara, Azlanthor, Azmaniac dan Adjeez, Langsuir mencuba pasaran death metal tempatan dengan album demo pertama Occultus Mysticism. Demo ini mendapat sambutan yang amat luas dikalangan peminat muzik bawah tanah setempat. Asalnya pita rakaman sendiri itu telah dibantu penerbitannya oleh East Gothic Production dengan pembuatan kilang yang lebih bermutu. Langsuir juga pernah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman Peaceville Records, tetapi mereka menolak tersebut kerana syarikat tersebut meletakkan syarat-syarat terlalu banyak dan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

1996 - Berbekalkan sambutan yang sangat kuat, Langsuir kembali ke studio dengan sokongan Nebiula Production untuk rakaman album mini The Eastern Cruelty. Lahirnya album mini ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada dunia death metal tempatan yang mana munculnya istilah "Eastern Metal" selepas penerbitan tersebut. Langsuir telah menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik bawah tanah, bahkan telah menerobos ke dunia antarabangsa.

1998 - Album baru yang dijanjikan tidak berhasil namun Langsuir merakam dua lagu baru untuk kompilasi Ipoh Metal Militant Supremacist. Mereka menukar ejaan dari Langsuir ke Langsuyr (Ideanya oleh Azlanthor atas pengaruh band Moonspell ketika yang mana vokalisnya bernama Langsuyar). Tahun berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya sibuk dengan kehidupan masing-masing. Akhirnya Langsuir dikuburkan pada tahun 2000.

2005 - Kerana banyak rungutan peminat yang kecewa Langsuir dikuburkan, akhirnya album penuh pertama "Asyik" di hasilkan. Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. Usia yang semakin meningkat telah memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. Langsuyr yang asalnya dianggap sebagai kugiran black metal berjaya dikikiskan dengan rilisan ini.

2007 - Bullet (album kedua) dirakamkan kali terakhir bersama Bentara di Utusan Studio namun gagal diterbitkan.

2010 - Bentara secara rasminya telah meninggalkan Langsuyr untuk komitmen keluarga dan pembelajaran.

2016 - EP Bantaigram diriliskan oleh Mamat Recs. Lagu didalam EP ini diambil dari album Bullet yang ditulis oleh Azmaniac. Terdapat perubahan pada dua lagu yang mana Azmaniac telah menukar lirik yang ditulis oleh Bentara. Ketiadaan sentuhan Bentara menyebabkan ia kedengaran janggal, dan seolah Langsuyr di fasa experimental. Namun suara Azlanthor mengukuhkan hujah ianya masih di landasan Langsuyr.

2017 - Azlanthor telah menghubungi Bentara untuk 'menghidupkan' kembali Langsuir. Setelah beberapa pertemuan, mereka setuju untuk kembali dengan line up yang terbaru.

LANGSUYR pula mengambil langkah untuk berehat seketika dan dijangka akan kembali aktif pada tahun 2024.

2018 - Langsuir seterusnya merekrut Burning Twilight (Ex-Aradia) di posisi drum, Xull (Neftaraka) yang juga sessionist Langsuir sebelum ini sebagai bassist, Darkness Whisper (Aradia) sebagai gitaris kedua. Namun atas sebab peribadi Darkness Whisper telah mengundurkan diri dan diganti oleh Mirlanast (Ventorior/ex-Cruelty Division). Setelah persembahan pertama dengan line up terbaru, Xull atas komitmen yang sangat tinggi terpaksa mengundur diri dan diganti oleh Sakka Euronous yang juga bassist untuk Hayagriva.

2019 - Langsuir telah berangkat ke Bandung, Indonesia atas tajaan Legion Music untuk merakam album baru di Master Plan studio. Dirgha Belasungkawa mendapat sambutan hangat oleh penggemar muzik metal tempatan kerana kembalinya Langsuir ke akar eastern mereka. Mereka sempat bermain di beberapa gig sebelum Covid melanda dunia.

2022 - Dikabarkan album Bullet akan diriliskan namun masih gagal. Lagu-lagu di dalam Bullet adalah lagu gabungan Dirgha dan Bantaigram. Seterusnya peminat dikejutkan dengan pengunduran Burning Twilight sebagai pemain drum. Ini agak meresahkan kerana peminat sedia maklum impak permainan B.T didalam album Dirgha Belasungkawa yang telah memantapkan lagi lagu-lagu yang telah dicipta oleh komposer utama Batara Guru. Dugaan terus datang dimana Langsuir tidak lagi bersama Legion music atas sebab yang hanya diketahui oleh mereka. Namun pada penghujung tahun 2022 Langsuir mengumumkan ahli baru iaitu A.P Filthgrindz di gig Burn In Flames 6.

2023 - Sekitar pertengahan tahun 2023, krisis dalaman antara Facebook page Langsuyr dan Langsuir semakin panas, namun Batara Guru & Azlanthor telah menjawab segala kemusykilan didalam kenyataan rasmi 22 mukasurat. (Rujuk kenyataan di sini LANGSUIR STATEMENT) Tahun ini menyaksikan Langsuir agak sibuk dengan perancangan mini album "Engkar". Mereka telah mentandatangani kontrak bersama Goatlordth Records dan telah selesai sesi rekording di Bakri Music Workshop studio diantara 2 hingga 16 September. Album ini dijangka akan di rilis pada awal tahun 2024.Sementara itu Langsuir sempat mencuri masa untuk beberapa persembahan di Kuala Lumpur, Johor, Ipoh, Sarawak dan Sabah. Menurut Azmaniac kesimpulannya Langsuir dan Langsuyr adalah merujuk kepada dua entiti, sepertimana berlaku pada band XPDC Militia dan XPDC Kita Peng Yu. Pada Azlanthor pula Langsuir hanyalah satu. Terpulang pada peminat untuk menilai dan menyokong mana-mana yang mereka suka. Azmaniac dengan Bantaigram, dan Batara dengan album-album yang lain.

2024 - LANGSUYR akan kembali aktif setelah berehat lama dengan line up dan management yang sama. Kali ini Azmaniac akan bekerjasama dengan vokal tersohor dari Singapura dan Norway untuk beberapa lagu baru yang sekarang ini pada fasa awal. Proses rakaman kali ini akan dilakukan di Studio Legend Pondok Indah, Indonesia.

LANGSUIR pula dalam rancangan untuk merakam EP / Album baharu pada pertengahan 2024. Setakat ini 6 lagu kesinambungan dari Engkar telah pun siap.

Ahli- ahli[sunting | sunting sumber]

LANGSUIR

Azlanthor - vocal

Batara Guru - guitar

Mirlanast - guitar

Sakka Euronous - bass

A.P Filthgrindz - drum


LANGSUYR

Azmaniac - Guitar

Adjeez - Drum

Minami - Bass

Azrym - Guitar


Bekas Ahli

Burning Twilight - drum

Xull - bass (sessionist)

Bearkey - bass (sessionist)

Berat - bass (sessionist)

Wira Old T- drum (sessionist)

Bob Pyron - drum (sessionist)

Bakri – drum (sessionist)

Timeline[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Occultus Mysticism (Demo + East Gothic Prod - 1993)
  • Hush Comp. Vol. 2 (Compilation : unknown label - Poland -1994)
  • The Eastern Cruelty (EP + Nebiula Prod - 1995)
  • The Eastern Cruelty CD (EP + Nazgul Eyrie Prod-Germany - 1996)
  • Storm Of Nebiula Compilation (Compilation : Nebiula Prod - 1996)
  • Teach Your Soul With Fire Vol. III - (Compilation : Art Productions - Portugal -1996)
  • Eastern Invasion (Compilation : Valentine Sound Productions -1997)
  • Ipoh Metal Militant Supremacist Compilation (Compilation : Ultra Hingax Prod - 1998)
  • From heaven to hell volume 2 (Compilation : PonyCanyon Music - 1999)
  • Eastern Hellhymns Compilation Vol 1 - (Compilation : unknown label - Singapore -1999?)
  • Burning Bethlehem Compilation (Compilation : unknown label - US - 1999?)
  • Langsuyr - Ryusgnal (Repacked + Nebiula Prod - 2000)
  • Metal Gempur 666 (Compilation : Nebiula Prod - 2000)
  • The Eastern Cruelty (Bonus + Nebiula Prod - 2006)
  • Asyik (Clockwork Recs - 2006)
  • Live at Planet Hollywood KL VCD (Clockwork Recs - 2006)
  • Metal To Metals (Compilation : Ultra Hingax Production - 2006)
  • Hail To The King Tribute To Cromok (Compilation : Clockwork Recs - 2007)
  • Various Artists The Best Of Clockwork Records (Compilation : Clockwork Recs - 2008)
  • The Eastern Cruelty LP (Mamat Recs - 2015)
  • Bantaigram EP (Mamat Recs - 2016)
  • Angkatan Metal Malaysia War 3 (Compilation : Old Goat Corpse Productions - 2016)
  • Cemar EP (Legion Music - 27 March 2019)
  • Dirgha Belasungkawa (Legion Music - 26 Julai 2019)
  • Occultus Mysticism (Demo Reissue + Nebiula x Mamat Recs 2021)
  • Dirgha Belasungkawa + Cemar cassatte box set (Legion Music 2021)
  • Asyik Remastered (Edy.J Records - 2021)
  • Occultus Mysticism x The Eastern Cruelty cassatte box set (Nebiula Prod 2021)
  • Black Widow (Reh tape + Gedebe Rekords 2022)
  • REH 2023 Single - streaming platform only! (Goathlordth Records 2023)
  • Engkar EP (Goathlordth Records 2024)

Gig Board[sunting | sunting sumber]

11/09/1993 - The Gathering Of The Dark League (Life Centre, KL)

31/12/1993 - The Gathering...Beyond the Northern Winds (Dewan St.John, Ipoh, Perak)

08/10/1994 - Village Theatre, Asian Village (Sentosa Island, Singapore)

25/12/1994 - The Nocturn Feast (Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh, Perak)

06/10/1996 - Storm Of Orion Nebula (Piccadilly Discotueque Damansara, KL)

05/01/1997 - The Ethereal Reign (Rock World Lasertheque, Penang)

25/12/2001 - Panzer Holocaust Ipoh (Cargo Pub, Ipoh, Perak)

25/06/2005 - Recharge Jams! (DNA Piazza, Ipoh, Perak)

16/07/2005 - Paul Place (Jln Klang Lama, KL)

07/08/2005 - Terminal One (Seremban, N9)

17/12/2005 - Rock The World 6 (Stadium Merdeka, KL)

10/06/2006 - Launching Album ASYIK (Planet Hollywood, KL)

14/10/2006 - Paul Place (Jln Klang Lama, KL)

20/11/2006 - Flamengo Pub (Ipoh, Perak)

26/05/2007 - R.O.B + Ganjaran Nationwide Tour (DNA Piazza, Ipoh, Perak)

01/09/2007 - Napalm Death + Smear Campaign Asia Tour (Ruums Life Centre, KL)

28/10/2007 - Lantak!! (Taiping, Perak)

30/12/2007 - ROTTW Soundstage (Rawang, KL)

12/01/2008 - The Artificial Steel Showcase (MCPA Hall, KL)

28/03/2009 - Sarawak Metal Force 10th Anniversary (Kuching, Sarawak)

23/05/2009 - Bising Bukan Jahat Festival (Carsem Banquet Hall, Ipoh, Perak)

14/03/2010 - Orang Timur The Gig (One Cafe, KL)

30/05/2010 - Kuala Lumpur Rock Festival (Stadium Merdeka, KL)

11/12/2010 - Hitam-Hitam Dalam Gua (Kepura Cave Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak)

08/01/2011 - Storm Of Nebiula 16th Anniversary (One Cafe, KL)

09/04/2011 - Teroka Minda Tulus Perjalanan (Auto City Juru, Penang)

10/07/2011 - MetalCrot Festival (Bulungan Outdoor Jakarta, Indonesia)

11/07/2011 - Warpress (Blok M Jakarta, Indonesia)

12/07/2011 - Reggae Bar (Jaksa Jakarta Pusat, Indonesia)

18/02/2012 - Tangerang Hyperblast (Gor Pws Pemda Tigaraksa, Indonesia)

08/04/2012 - Cromok Reunion Thrashing Kuala Lumpur (KL Live, KL)

24/06/2012 - Aftermath 3rd Ceremony In Hell (Bulungan Outdoor, Jakarta, Indonesia)

15/12/2012 - Kancheng Gigi (Blackbox, Publika Solaris Dutamas, KL)

27/01/2013 - Hitam-Hitam Dalam Gua Vol II (Kepura Cave Tambun, Ipoh, Perak)

16/02/2013 - Jakarta (Indonesia)

17/02/2013 - Metalheads Respect (Pamulang, Indonesia)

16/06/2013 - Jakarta Bawah Tanah 4 (Bulungan Outdoor, Jakarta, Indonesia)

27/12/2014 - Nebiula Production 20th Anniversary (Blackbox, Publika Solaris Dutamas, KL)

25/04/2015 - Malindo Madness (Pennylane, Sunway PJ, Selangor)

12/12/2015 - Rock The World 15 (Stadium Bukit Jalil, Car Park A, KL)

02/01/2016 - Mamat Fest (Blackbox, Publika Solaris Dutamas, KL)

30/01/2016 - Thunder In The North Borneo | Loudness 35th Anniversary (Tuaran, Sabah) CANCELLED!

27/03/2016 - LANGSUYR | Dansaniversari Suku Abad (1991-2016) (Hard Rock Cafe, KL)

21/05/2016 - Rockomania Festival 7 (Chin Woo Stadium, KL) CANCELLED!

28/07/2018 - The Gathering (Blackbox, Publika Solaris Dutamas, KL)

27/04/2019 - Langsuir - Pre-listening party (Sonic Rage, Shah Alam)

26/07/2019 - The Gathring 2019 (Bentley Music Auditorium, Damansara, KL)

25/08/2019 - KL Metal Camp (Blackbox, Publika Solaris Dutamas, KL) CANCELLED!

30/09/2019 - Absurd 19 Launching Party (Rumah Api, KL)

15/12/2019 - The Wknd Sessions 2020 (Bysnc Studio, KL) UNPUBLISHED!

21/12/2019 - Mongsung Etek (Museeca, Dungun, Terengganu)

04/01/2020 - Legion Live Over Ipoh (Ladyboss Studio, Ipoh, Perak)

29/02/2020 - Pulau Metal Fest (Gayo Cofee, Georgetown, Penang)

11/04/2020 - Nebiula Legion (UDGKL, KL) CANCELLED!

18/12/2022 - Burn In Flames VII (Angkasa Space, KL)

25/02/2023 - Rockstage III Metal Tempur (Stadium Chin Woo, KL)

04/06/2023 - Southern Metal Assault (Bakri Juntion Ballroom, Muar, Johor)

30/09/2023 - Sarawak Metal Regime (Sibu, Sarawak)

07/10/2023 - October Fog (Insider Satellite, Ipoh, Perak)

18/11/2023 - ProgigTourBah #2 (Suria 2 Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah)

Pautan[sunting | sunting sumber]

https://www.facebook.com/langsuyr

https://www.instagram.com/langsuyrband

https://www.youtube.com/@LANGSUYRHD


https://drive.google.com/file/d/1ohcTL6nyri2GrAJ_fKQmyrdEW4MLFMkS/view?fbclid=IwAR3niQtLWLZQiUlezGsjENUOWwn8_BtuLAFcVG_WXrkw1c8ZiHSE_nMK9cQ

https://www.facebook.com/langsuirband

https://www.instagram.com/langsuir2018/

https://www.tiktok.com/@langsuir_official

https://www.youtube.com/@Langsuir_Official

https://twitter.com/LangsuirMY