Moin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Moin)
Moin
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Moin.html

Kumpulan Moin merupakan sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.[1]

Kumpulan adik beradik ini bernaung di bawah syarikat rakaman NSR. Nama kumpulan mereka telah dipilih oleh penerbit mereka Iman Wan. Pemilihan ini dibuat kerana menimbangkan bahawa nama Moin mempunyai keunikan dan nilai komersial yang tersendiri.[2]

Bagi album sulung mereka, kumpulan Moin memilih untuk mempertaruhkan konsep pop rock berdasarkan di mana konsep muzik tersebut mempunyai kesesuaian dengan vokal mereka.

Bagi album kedua pula kumpulan Moin memilih untuk muzik yang lebih advance memandangkan ianya dipasarkan pada tahun 2000an.

Kumpulan Moin disertai oleh Siti Haida Bte Abd Moin ( Ieda Moin ) dan adiknya Mohd Haidir Bin Abd Moin ( Edy Moin ). Diantara pencapaian terbaik Kumpulan Moin adalah tercalon sebagai top 5 Artis Baru Terbaik dan Vokal Artis Berkumpulan Terbaik sesi 1999/2000 AIM ( Anugerah Industri MUzik )

Kini Kumpulan Moin lebih aktif memenuhi jemputan persembahan seperti majlis Korporat, perkahwinan, acara festival dan undangan sebagai tetamu istimewa program-program hiburan.

Selain dari bidang nyanyian, Kumpulan Moin juga melebarkan sayap bakat mereka didalan bidang lakonan dan pengacaraan. Ieda Moin kini dikenali ramai sebagai pelakon dan pengacara popular. Sehingga kini beliau masih releven memegang watak yang lebih menjurus kepada komedi. Manakala Edy Moin sering mendapat jemputan sebagai pengacara majlis dan terlibat juga dengan dunia lakonan disebalik tabir.


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Ieda (Siti Haida Abd. Moin)
  • Eddy (Mohd. Haidir Abd. Moin)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Kau Yang Ku Sayang (1999)
  • Hanya Untukmu (2002)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kumpulan Moin gambaran kasih sayang keluarga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-14. Dicapai pada 2018-01-14.
  2. ^ "Keistimewaan kumpulan Moin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-26. Dicapai pada 2018-01-14.