Mojo (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Mojo)
MOJO
Berasal dariMalaysia Kuala Lumpur, Malaysia
GenreSynth Rock
Tahun aktif2012 - 2016, 2023 -
Syarikat rakaman
KRU Studios
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Bekas ahliRyan Brakhma (vokal)

MOJO merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada Aweera selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer / penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), pemain drum, Johar (bekas anggota kumpulan Tilu dan beberapa kumpulan Indie), serta bassit, Iqeen melengkapkan kumpulan dinamik ini.

SINGLE HITS Andai Ku Bercinta Lagi , Romancinta Dan Dahsyat

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan 'Super-Band' yang mempertaruhkan konsep 'Classic Synth-Rock 'sebagai identiti.

MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul "Andai Ku Bercinta Lagi".

Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu "Andai Ku Bercinta Lagi" ciptaan Edry, "Agar Tetap Indah" ciptaan gitaris Denny, dan "Mimpi" ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep 'Synth-Rock' MOJO kepada peminat seni tanah air.

Pada Tahun 2015 MOJO telah Mengeluarkan album Terbaru Mereka yang bertajuk Nada dengan Menampilkan vokalis baru mereka Ryan yang menggantikan posisi Aweera vokal penyanyi MOJO terdahulu , MOJO Telah Mengeluarkan album Kedua mereka yang bertajuk Nada dengan Single Hits Mereka 'Dahsyat' 'Hanya NamaMu' 'Kelabu".

Pada tahun 2020 Ryan, Edry, Denny, Johar memutuskan untuk merehatkan MOJO dari industri disebabkan Pandemic Covid - 19.

Setelah berehat panjang kerana Covid - 19 yang melanda. Akhirnya pada tahun 2023, MOJO membuka lembaran baru dengan menampilkan kembali Aweera selaku vokalis utama setelah 9 tahun tidak bersama dan turut menggantikan posisi Ryan selaku vokalis yang terdahulu. Sekembalinya Aweera, MOJO membuat comeback dengan lagu baharunya yang bertajuk Superstar.

MOJO juga telah menambah ahli baharunya diposisi bassit, setelah melakukan beberapa audition maka Iqeen terpilih untuk menjadi pelengkap kumpulan ini bagi meneruskan perjuangan musik mereka.MOJO juga telah mengeluarkan ep terbaru mereka yang berjudul 'CODA' yang terdapat 4 buat lagu iaitu Superstar,Korbankan Kita,Derhaka dan Takdirku

Diskografi[sunting | sunting sumber]

ALBUM[sunting | sunting sumber]

SINGLE[sunting | sunting sumber]

Album MOJO.
  • 2012: Agar Tetap Indah
  • 2012: Mimpi
  • 2014: Romancinta
  • 2014: Dark Cloud
  • 2015: Dahsyat
  • 2016: Hanya Namamu
  • 2016: Kelabu
  • 2023: Superstar
  • 2023: Korbankan Kita
  • 2023: Derhaka
  • 2023: Takdirku

AKUSTIK[sunting | sunting sumber]

  • 2015: Dahsyat (Akustik)
  • 2015: Kau (Akustik)
  • 2015: Kelabu (Akustik)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Anugerah Industri Muzik ke-19[1] Artis Baru Terbaik "(Andai Ku Bercinta Lagi)" Menang
Anugerah Juara Lagu ke-27[2] Finalis "(Andai Ku Bercinta Lagi)" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Duo / Berkumpulan Popular Menunggu
2013 Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013[3] Persembahan Vokal Terbaik "(Andai Ku Bercinta Lagi)" Menang
2015 Anugerah Juara Lagu ke-29 Persembahan Terbaik "(Romancinta)" Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 19. Sensasi Selebriti (Budiey). November 18, 2012.
  2. ^ Senarai 12 Finalis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27). ohbulan!. November 26, 2012.
  3. ^ Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013. Sensasi Selebriti (Budiey). Mac 28, 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]