Mpire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Mpire)
Jump to navigation Jump to search
Mpire
Kumpulan Mpire.jpg
Kulit album kumpulan
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreHard Rock/Metal
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2005
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
Bekas ahliAli


Mpire ditubuhkan pada tahun 2005, setelah Pae dan Ali meninggalkan kumpulan rock terkenal, XPDC.[1] Pada awalnya Mpire berkerjasama dengan beberapa pemuzik profesional yang berbeza, Mpire membuat persembahan di sekitar Malaysia dan di dalam rancangan popular hiburan TV di Malaysia, Zoom In. Setelah rakaman album dengan penerbit, Trabye, Ali[2] dan Pae memutuskan untuk menggunakan pelbagai instrumentalis. Tidak lama kemudian, Ali diminta untuk meninggalkan Mpire kerana ketidakmampuannya memberi komitmen untuk kemajuan kumpulan ini. Pencarian untuk bassis kekal, berakhir ketika Asfa muncul melalui cadangan daripada Pae. Setelah empat tahun sejak tanpa vokalis, barisan Mpire kini kembali lengkap dengan kemasukan Brad, bekas pemain dram kumpulan Crash.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Pae - dram,vokal
  • Trabye - gitar,vokal
  • Asfa - bass
  • Brad - vokal

Biografi[sunting | sunting sumber]

  • PAE - dram, vokal

Pemain drum handalan di Malaysia yang bergiat aktif di dalam persembahan pentas di seluruh negara dan juga di kelab-kelab malam. Pernah bersama beberapa buah kumpulan seperti XPDC dan Barongan. Beliau berpengalaman di dalam muzik tradisional. Beliau juga terkenal dengan teknik 'double pedal'. Tekniknya itu sentiasa menjadi tarikan di mana jua beliau membuat persembahan. Beliau juga berkebolehan membuat muzik.

  • TRABYE - gitar, vokal

Seorang pemuzik yang serba-boleh. Mula terlibat dengan muzik sejak di bangku sekolah rendah dan telah menyertai beberapa orkestra di Lembah Kelang selama 10 tahun. Beliau kini seorang komposer dan penerbit muzik yang giat mencipta nama. Hasil-hasil karya beliau boleh didengar di rancangan-rancangan TV JAKIM dan album-album nasyid. Beliau juga aktif membuat filem skor untuk filem-filem tempatan seperti filem Adnan Semp-It, Senario Asam Garam, Zoo, Niyang Rapik, Semerah Cinta Stiletto, V3 Samseng Jalanan dan banyak lagi. Beliau juga mendapat 2 pencalonan anugerah Festival Filem Malaysia ke 23 di dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik.

  • ASFA - bass

Walaupun seorang yang sangat 'low profile', permainan bassnya amat kemas dan beliau mampu berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli Mpire yang lain.

  • BRAD - vokal

Brad merupakan ahli terbaru Mpire. Dahulu, Brad merupakan pemain dram pertama kumpulan Crash yang pernah popular dengan lagu Mahsuri,Misteri Madura,Sindora & Titian As'sirat. Lebih dikenali sebagai pemain dram, namun kemampuan vokalnya setaraf dengan penyanyi-penyanyi genre hard rock/metal di Malaysia.

Album[sunting | sunting sumber]

  • MPIRE - dilancarkan pada 9 Julai 2007.
  • Album kompilasi "Tangisan di Gelanggang Fana" ('tribute' kepada Allahyarham J.S. Kevin.)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Prolog
  2. Angan Sang Taring
  3. Berasap Berabuk
  4. Peringatan Dari Yang Satu
  5. Kuda Ranggi
  6. Mereng
  7. Siapa Bilang Aku Tak Sayang
  8. Hasrat
  9. Merdeka
  10. Jangan Tunggu Lama-Lama
  11. Jadi Kita


Mpire juga pernah merakamkan sebuah lagu ciptaan J.S. Kevin berjodol 'Datang dan Pulang' yang dimuatkan di dalam album kompilasi "Tangisan di Gelanggang Fana", sebuah album 'tribute' kepada Allahyarham J.S. Kevin.


Mpire kini di dalam proses merakam album kedua yang berjodol 'Dasar Pandang Ke Timur' yang bakal berada di pasaran pada hujung tahun 2012.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]