Nice (kumpulan nasyid)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Nice)
Nice
Kulit album kumpulan Nice.
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid + Pop R&B Arab
PekerjaanPelajar + Penyanyi Vokal
Tahun aktif2006 - kini
Syarikat rakaman
Nazz Music Entertainment
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliWan Mohd Taqiuddin, Muhammad Afiq,
Bekas ahliMohd Izwan, Muhd Safwan

Kumpulan Nice merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2006 dan menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.

NICE tampil dengan imej remaja ceria dan aktif serta gaya tersendiri dan konsep album yang menggabungkan genre muzik pop dakwah dan genre muzik R&B bagi mudah mendekati golongan rakan sebaya.

Dengan niat untuk menarik minat rakan remaja agar sama-sama meminati genre muzik nasyid yang berkonsepkan pop dakwah dan R&B, maka NICE telah ditubuhkan melalui satu uji bakat dan setelah beberapa tapisan dibuat akhirnya NICE terpilih sebagai artis pertama NAZZ Music Entertainment. NICE dianggotai oleh Muhd. Safwan Jahri (bekas anggota Aeman), Muhd. Afiq Hamdan, Mohd. Izwan Musai(Bekas Ahli)dan Wan Mohd. Taqiuddin Wan Hussin.

Nice ditakrifkan sebagai Networked Individual Calibrated for Exploration yang membawa maksud sekumpulan individu yang berhubung baik antara satu sama lain yang bermatlamat untuk menentu ukur penjelajahan mereka di dalam industri nasyid supaya diterima sehingga ke seluruh dunia.

NICE menampilkan konsep album yang menggabungkan genre muzik ‘pop arab’ dan R&B yang segar dan bertujuan untuk meperluaskan penerimaan pendengar dan menarik minat pencinta muzik dari genre lain. Sasaran utama kumpulan nasyid NICE adalah penuntut – penuntut IPT, peminat peminat nasyid selain pasaran massa secara amnya.

Di Festival Nasyid Kebangsaan 2008,anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) mereka telah dianugerahkan:

  • Artis Nasyid Baru Popular
  • Lagu Nasyid Paling Popular
  • Naib Juara Keseluruhan Juara Nasyid Minggu Ini

Sementara di Anugerah Industri Muzik ke 16, NICE telah tercalon di dalam top 5 Album Nasyid Terbaik.

Ahli[sunting | sunting sumber]

  1. Muhammad Afiq Hamdan
  2. Mohd Izwan Musai
  3. Muhammad Safwan Jahri
  4. Wan Muhammad Taqiuddin Wan Hussin

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Istimewa Tiada Dua (2007)


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. As-salam
  2. Nur Muhammad
  3. Istimewa Tiada Dua (duet bersama Hazami)
  4. Bicara Hatiku
  5. Delusi Ummi
  6. Sesekali Diuji
  7. Doa
  8. Metafora
  9. Sesuci Mariam
  10. Syukurlah
  11. Ampun

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.nicenetwork.forumakers.com
  • www.nicenasyid.blogspot.com
  • www.friendster.com/nicenasyid
  • www.myspace.com/nicenasyid