Kumpulan Orkes Zindegi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orkes Zindegi ialah kugiran asal Singapura yang banyak mengiringi artis-artis Melayu dan Jawi Peranakan di era akhir 1960an dan awal 1970an. Zindegi dalam bahasa Hindi bermaksud Kehidupan.

Tidak dipastikan senarai ahli-ahli kumpulan muzik ini. Namun begitu, pemain guitar bass Orkes Zindegi, adalah penyanyi Pop Yeh Yeh bernama Rickieno Badjuri, yang asalnya salah seorang ahli kugiran The Cliffters di era pertengahan 1960an.[1], [2]

Kebanyakan lagu-lagu iringan Orkes Zindegi berirama Hindustan, tetapi nyanyian penyanyi-penyanyi iringannya adalah bersenikata Bahasa Melayu.

ERA 1960AN[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1960an, Orkes Zindegi telah dilamar oleh syarikat rakaman Olympic Records. Rakaman awalnya ialah untuk penyanyi-penyanyi seperti Hasrat Taha dan Tayyib Ridon (juara Mohd. Rafi Singapura). Pada 1969, Orkes Zindegi menyertai syarikat rakaman Ngee Fat/Playboy pula. Penyanyi pertama yang diiringinya ialah Allahyarhamha Sharifah Noor.

ERA 1970AN[sunting | sunting sumber]

Mulai 1970, Orkes Zindegi bergiat lebih aktif dalam syarikat rakaman Ngee Fat/Playboy. Selain Sharifah Noor, penyanyi-penyanyi lain yang diiringi termasuklah Allahyarham Hussain Marican, Zaleha Hamid,[3] Rajesh Khan, Samsar Begum, Kamariah Ahmad, M. Ishak, Ungku Fadzillah dan Jasni (ini bukan Jasni penyanyi/pelakon 1950an itu). Turut diiringi mereka ialah seorang penyanyi OKU penglihatan iaitu M. Rashid Noor.

Di era 1970an, Orkes Zindegi turut merakam di bawah label Sea Lion Records, Panda Records, Great Union Organisation (GUO) dan Hamid Bond Organisation.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]