Phlowtron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Phlowtron)
Phlowtron
Berasal dariMalaysia
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Eastern Records.
AhliAmalia Syakirah
Saiful Amri
Khalid Kamal


Phlowtron merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi gig underground yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan sering bekerjasama dengan Too Phat.[1]

Asalnya Phlowtron telah bergerak di bawah naungan Kartel Records (Joe Flizzow). Setelah beberapa tahun, Khalid bersama Atom dabomb telah menubuhkan Phuture Phlow Sdn Bhd dan seterusnya menubuhkan label tersendiri iaitu Phuture Phlow Muzik.

Album pertama Phlowtron, “Hip Pop” telah diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

Phlowtron kemudiannya melancarkan album kedua mereka yang berjudul “Warisan Senikata Malaya” di Planet Hollywood. Album yang mengandungi 7 lagu Melayu dan 3 lagu Inggeris ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Ini adalah cubaan pertama kumpulan ini dalam menghasilkan album berbahasa Melayu.

Lagu-lagu yang terkandung dalam “Warisan Senikata Malaya” ialah:

Melayu • Adikku Pandai Menari bersama VE • Bicara Neguran • Warisan Senikata Malaya • Oh Cinta bersama Fab Cats • Suara Dunia

Inggeris • Boomshake • Dance & Groove • Phlowtron Jones Featuring Atomdabomd

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Raqs-Ali@Alia Amalia Syakirah - lahir pada 26 September 1986 di Terengganu https://www.instagram.com/aliagumby/
  • Andika@Superfreak Saiful Amri - lahir pada 6 Julai 1982 di London, England
  • Khazanah@Crazy Carleed, Khalid Kamal, Carleed Khaza - lahir pada 3 Julai 1979 di Kuala Lumpur

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Hip Pop (2003)
  • Warisan Senikata Malaya (2007)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-09. Dicapai pada 2004-08-09.
  2. ^ Phlowtron - Aku Di Mana
  3. ^ Phlowtron - Summer Love