Puakerysm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Puakerysm)
Kumpulan Puakerysm
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1998-
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Puakerysm merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan Puakerysm ditubuhkan sekitar 1998 dan pada tahun 2017 mereka kembali beraksi di di Hard Rock Cafe Melaka, bersaing dengan banyak band yang baru ditubuhkan.[1]

Puakerysm yang ditubuhkan sekitar tahun 1998, pada di awal kemunculan mereka lebih gemar membawakan irama rock sebagai batu loncatan untuk aktif bermain muzik. Malah lagu-lagu saduran daripada kumpulan SYJ, Rusty Blade, Wings dan XPDC menjadi taruhan.

Namun segalanya berubah apabila mereka menerima penyanyi baru yang lebih terarah kepada muzik metal, lantaran itu konsep rock yang ditunjangi beralih kepada metal yang di rasakan lebih bersesuaian maka lahirlah Demo yang berjudul “Bad Time Tales”. Demo yang mengandungi 2 buah lagu “Curse Of Dragon” dan “Kill The Machine”. Atas kelahiran demo ini mereka menukarkan nama kepada “Puakerysm” dan terus merangka beberapa aktiviti selepas itu.

Gig pertama Puakerysm adalah pada tahun 2004 bertempat di Kelab Mawar Biru, KL bersama-sama kumpulan Antacid, Samartary, Kilatus & Beast Petrify.

Menjelang 2012 Ejai kembali ke posisi lead guitar, R’man (bass), Adhy (drum) manakala di posisi vocalist diisi oleh rakan R’man iaitu Zan. Beberapa siri gig disertai oleh mereka dan Ep pertama mereka yang berjudul “Conspiracy Of Madness” diterbitkan pada 2013. Pada 2016 terdapat sedikit perubahan lineup di mana Rani kembali ke posisi bass, R’man rhythm guitar manakala yang lain tiada perubahan line up ini kekal sehingga kini. Seterusnya Ep kedua Puakerysm diterbitkan pada April lalu yang berjudul “Deprived Of Tranquillity”.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Ejai lead guitar,
  • Rani (bass),
  • R’man (gitar rhythm)
  • Adhy (drum)
  • Zan (penyanyi).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Bad Time Tales (Demo)
  • Conspiracy Of Madness (EP pertama)
  • Deprived Of Tranquillity (EP kedua)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]