Real XPDC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Real XPDC)
Jump to navigation Jump to search
Real XPDC
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
AhliMael
Adiq
Bonn
Joe
Bekas ahliFariz


Kumpulan Real XPDC adalah sebuah kumpulan yang diasaskan oleh Mael XPDC. Dia terpaksa keluar dari kumpulan XPDC pada tahun 1997 (selepas album brutal dilancarkan) atas sebab-sebab isu dalaman, Mael tekad menubuhkan sebuah kumpulan bagi meneruskan sisa perjuangannya ketika bersama XPDC.

Beliau membawa Ajaq, Bonn dan Joe dari kumpulan Fahrenheit untuk bersama-samanya melaksanakan impian untuk bersaing dengan XPDC. Peristiwa perpecahan XPDC telah membuatkan peminat sering terkeliru sehinggakan ada dikalangan mereka memboikot XPDC. Disebabkan kekeliruan dan masalah dalaman di antara kedua-dua kumpulan ini, Mael seterusnya menukar nama Real XPDC kepada Real X. Beliau juga telah membawa anggota baru bagi menggantikan anggota sedia ada.

Real XPDC sempat merakamkan sebuah album iaitu Konsert Real XPDC Live. Album ini dirakam secara "raw" semasa mereka mengadakan persembahan. Sambutan amat menggalakkan dari peminat setia Mael yang telah lama menyokong dalam setiap kerjaya seni nya sebagai vokalis.

Kumpulan Real X juga ada menerbitkan sebuah album penuh yang mengandungi 10 lagu. Antaranya lagu Segar dalam ingatan, Genggam api dan disebalik senyuman.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Mael (vokal)
  • Fariz Undertaker (gitar) - awal penubuhan
  • Adiq Fahrenheit (bass)
  • Joe Fahrenheit (drum)
  • Bonn Fahrenheit (gitar) - menggantikan Fariz
  • Allahyarham Sham ex-silent death (drum)-semasa Real X.
  • Ajax Melissa ( Bass) - Semasa Real X
  • Jeff Giegel (gitar) Semasa Real X.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Segar Dalam Ingatan,
  • Genggam Api
  • Disebalik Senyuman.
  • Tak Tau
  • Salju Hitam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]