S4S (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan S4S)
S4S
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrepop
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliFaizal Yahya
Sham
Spencer
Ally


Kumpulan S4S merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan S4S telah memilih aliran muzik pop sebagai konsep album mereka kerana yakin muzik sedemikian mendapat tempat dan menjadi pilihan utama peminat muzik tempatan. S4S yang dianggotai Sham selaku penyanyi utama, Pizal (bass), Space (gitar) dan Ally (drum), turut yakin bahawa mereka mampu melangkah lebih jauh dalam industri dengan muzik pop menerusi album sulung Andai Menunggu 2009.

Walaupun menampilkan konsep pop tetapi S4S menegaskan bahawa lagu yang ditampilkan di dalam album sulung mereka berbeza dengan album yang dihasilkan oleh kumpulan yang sedia ada.

Album Andai Menunggu diterbitkan oleh Izman juga orang yang bertanggungjawab menjadikan impian setiap ahli kumpulan S4S menjadi satu kenyataan dengan dibantu oleh Ajai selaku penerbit bersama.

Lagu dan lirik dalam album sulung S4S turut dicipta sendiri oleh Sham dengan judul Jangan Mengkhayal, Pentas Dunia, Dewi Cinta dan Lara Hati. Lagu yang menjadi taruhan kumpulan ini yang juga menjadi judul album mereka Andai Menunggu yang dicipta oleh Lanang dan lirik oleh Lela Sari.


Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Andai Menunggu diterbitkan oleh Izman dengan dibantu oleh Ajai selaku penerbit bersama.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Jangan Mengkhayal,
  • Pentas Dunia,
  • Dewi Cinta
  • Lara Hati
  • Andai Menunggu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]