Saxo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Saxo)
Saxo
Berasal dariPerak Batu Gajah Perak
GenreThrash metal Rock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliWan
Adi
Jamal
Jagger
Bekas ahliNasir


Kumpulan Saxo merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu ditubuhkan pada tahun 1984 di Batu Gajah Perak dan mula dikenali semenjak tahun 1988.

Kumpulan Saxo mulai dikenali ramai setelah menyertai Gagasan War Rock dan terbabit dalam album Hikayat Rok 88 pada tahun 1988.

Kumpulan Saxo sering muncul dengan penampilan ala-ala kumpulan Thrash awal 1990an dulu dengan berseluar ketat koyak rabak dan berambot mengerbang.

Album sulung Saxo berjudul Satu Perjuangan diterbitkan pada penghujung tahun 1990. Kumpulan thrash metal ini muncul dengan barisan 4 orang pemuzik iaitu Nasir (vokal) Jamal (gitar) Jagger (bass) dan Adi (drum). Sebelum merakamkan album ini mereka pernah muncul dalam album kompilasi Hikayat Rok dan Pancakara Di Cakrawala terbitan BoxOffice. Kumpulan yang berasal dari Batu Gajah, Perak ini mula dicungkil bakat dalam pertandingan Bintang BoxOffice'88 terbitan Ali Bakar.

Kumpulan Saxo turut beraksi dengan kumpulan thrash underground seperti Nemesis dan lain-lain. Pada 1991, kumpulan Saxo menghasilkan album pertama berjodul "Satu Perjuangan" yang menampilkan konsep thrash metal dan sedikit elemen punk pada lagu "Tak Kalah"

Saxo berpecah kerana persefahaman antara ahlinya, di mana vokelis Saxo yaitu Wan dan Jagger pemain gitar ingin mengekalkan konsep thrash mereka, tetapi ahli yang lain inginkan lagu berentak perlahan, akhirnya Saxo pun dibubarkan pada hujung 1991. Ahli Saxo yang lain telah menubohkan Leo pada tahun 1991.

Ahli[sunting | sunting sumber]

  1. Wan - penyanyi
  2. Adi - drums
  3. Jamal - gitar
  4. Jagger - bass

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Hikayat Rok 88 (Kompilasi)
  2. Satu Perjuangan (Album pertama 1990- terbitan Lord)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Perjuangan
  2. Dunia Atau Neraka
  3. Dukacarita Cinta
  4. Nyalakan Cintamu
  5. Satu Perjuangan - thrash metal
  6. Perjuangan - thrash metal
  7. Satu Harapan - thrash metal
  8. Matahari Di Kuala Lumpur - thrash metal
  9. Kematian (Suatu Pembebasan) - thrash metal
  10. Sengketa Dua Kuasa - thrash metal


Pautan luar[sunting | sunting sumber]