Scoin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Scoin)
Jump to navigation Jump to search
Scoin
KumpulanScoin.jpg
Kulit Album Scoin
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.angelfire.com/sc/oin/index.html
Ahli(Amar) Amar Faizal bin Harun
{Wan) Redzuan Abdul bin Manan
(Boy)Mohd Fazrik bin Ismail
(Sham) Zairulhisham bin Rohaizat
(Hanif) Mohd Hanif bin Khalid


Kumpulan Scoin merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Nama kumpulan ini, Scoin berasal daripada perkataan coin (wang syiling), nama itu diharapkan akan terus berkembang seperti mana wang yang boleh berkembang dari sekecil nilai satu sen sehingga sebesar-besarnya.[1] Ketika mula ditubuhkan, kesemua anggota kumpulan berusia 18 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan sama-sama bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara. Mereka juga tinggal berdekatan antara satu sama lain.

Nama mereka mula melonjak naik apabila mereka berjaya melepasi uji bakat yang dianjurkan oleh FMC dan seterusnya dilamar sebagai artis. Mereka kemudian berkesempatan untuk merakamkan album di bawah bimbingan Eddie Hamid, seorang komposer yang berpengaruh.

Untuk album sulung Scoin, Eddie Hamid telah berganding bahu dengan Man Toba dan sekali lagi menggunakan perkataan rindu sebagai resipinya untuk melariskan album kumpulan itu. Kumpulan Scoin kemudiannya tampil dengan tiga album studio dan sebuah kompilasi iaitu Rindu-Rinduan Jadi Kenangan (1998), Buah Hatiku (1999), Yang.. Sayang Yang (2000) dan Terbaik... Scoin (2005).[2]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Scoin merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Senarai anggotanya adalah :-

  1. (Amar) Amar Faizal bin Harun. Pemain gitar.
  2. (Wan) Redzuan Abdul bin Manan. Penyanyi.
  3. (Boy) Mohd Fazrik bin Ismail. Pemain gitar bass.
  4. (Sham) Zairulhisham bin Rohaizat. Pemain gitar utama.
  5. (Hanif) Mohd Hanif bin Khalid. Pemain drum.


Mohd Hanif bin Khalid telah pun keluar dari Kumpulan Scoin pada tahun 2000 untuk menumpukan kepada pelajarannya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

SCOIN - YANG.. SAYANG YANG (1998)[sunting | sunting sumber]

01. YANG.. SAYANG YANG

02. KAU MAMPU

03. KESUMA HATI PILIHAN JIWA

04. TIADA LAGI API CINTA

05. MEREKA TIDAK PERCAYA

06. TAK SAMPAI HATI

07. KUCARI SEIRAS WAJAH

08. JADI TAK JADI

09. RETAK MEMBELAI JIWA

10. BULAN DISEBALIK AWAN

SCOIN – RINDU RINDUAN (1999)[sunting | sunting sumber]

01. RINDU RINDUAN JADI KENANGAN

02. HARUSKAH AKU MENGALAH

03. CINTA MEMBARA RINDU MEMAKSA

04. ANGGAPLAH INI DUGAAN

05. ISTILAH CINTA SUCI

06. MENGGENGGAM IMPIAN

07. YAKIN BOLEH

08. KITA INI BONEKA

09. KAU SUKA AKU PUN SUKA

10. ANTARA CINTA DAN KASIH SAYANG

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Rindu Rinduan Jadi Kenangan
  2. Hanya Engkaulah Kekasihku
  3. Ku Menangis Kehilanganmu
  4. Tak Jemu Merindu Rindu
  5. Buah Hatiku
  6. Izinkan Aku Padamkan Kedukaanmu
  7. Kau Mampu
  8. Kesuma Hati Pilihan Jiwa
  9. Yang Sayang Yang
  10. Bulan Di Sebalik Awan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]