Screen (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Screen)
Screen
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreBalada, Pop Rock, Rock, Slow Rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Tahun aktif1993– Kini
Pengkarya berkait
Scan
AhliIs
One
Fiona
Jeman
Hashim
Bekas ahli G-Mie

Kumpulan Screen merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1993 di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.[1]

Kumpulan Screen mula mencipta nama menerusi lagu Tak Suka Tak Apa. Mereka lebih dikenali melalui lagu di corong radio, berbanding penampilan di kaca televisyen atau pun media cetak. Ini disebabkan kesibukan mereka mengendalikan perniagaan kedai makanan di Pelabuhan Klang.

Kumpulan Screen ini terdiri daripada empat anggota iaitu Jimi, Wan, Hashim dan Man, dan kesemua mereka berasal dari Klang. Mereka melancarkan album kedua mereka, Kau Saja Dihati pada 9 Mac 1998. Kumpulan Screen turut merancang untuk mengembangkan dunia seni mereka menerusi perniagaan dengan mengujudkan Screen Studio, yang memberi peluang untuk anak-anak muda berlatih vokal, bermain muzik dan sebagainya. Studio itu memulakan operasinya pada pertengahan Mac 1998, dan dibuka melalui perkongsian dengan salah seorang rakan mereka, Brother Bob.

Ini merupakan salah satu langkah mereka untuk berdikari dalam perniagaan yang berkaitan dengan muzik kerana mereka telah mengambil keputusan untuk serius dalam bidang tersebut. Album pertama mereka, Sha Na Na yang telah terjual hampir 50,000 unit. Kesemua anggotanya berbangga dengan kejayaan tersebut walaupun mereka kurang dikenali ramai.

Album kedua diterbitkan oleh Kamal Bahrin, Lan Laga dan Belle, masih mengutarakan konsep pop rock tetapi membuat sedikit perubahan dengan penambahan lagu berentak metal dan alternatif sebagai memenuhi citarasa muzik semasa. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Kau Saja Di Hati, Kita Ditakdirkan Berpisah, Kau Kesayanganku, Rasa Rindu Tak Terkira, Pandangan Pertama, Kasih Tak Kesampaian, Rindu Padamu dan Bila Kau Kata Kau Sayang.[2]

Sehingga 2001, kumpulan Screen telah berjaya menghasilkan sebanyak enam album,[3] dan 10 album sehingga 2010.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Screen dianggotai oleh 5 orang ahli kesemuanya lelaki & Wanita

  1. Iskandar Dzulkarnain (Is) - Projector Band (Vokalist Baharu) 2024 - Kini
  2. One - (Bassist) 1993 - Kini
  3. Fiona - (Keybord) 2024 - Kini
  4. Jeman - (Guitarist) 1993 - Kini
  5. Hashim - (Drummer) 1993 - Kini

Bekas Ahli[sunting | sunting sumber]

  1. G-Mie - (Vokalist) 1993-2021

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Sha Na Na (1996)
  2. Kau Saja Dihati (1998)
  3. Orang Yang Ku Sayang-Sayang (1999)
  4. Permata Hati (2000)
  5. Manja Kekasihku (2001)
  6. Kembali (2006)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Koleksi Hits (1999)
  • Koleksi Hebat (2003)
  • Detik Kenangan (2004)
  • Memori Hit Screen (2005)


Singe[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Screen akui kurang dikenali
  2. ^ Screen akui kurang dikenali, Utusan Online, 02/03/1998
  3. ^ Screen tampil dengan album baru, Utusan Online, 14/09/2001

Pautan luar[sunting | sunting sumber]