Kumpulan Setul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Setul merupakan kumpulan formasi batuan berusia Ordovisi Awal hingga Devon Tengah yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan merupakan formasi batu kapur yang tertua di Malaysia.

Kumpulan Setul terdiri daripada 3 ahli formasi iaitu Formasi Kaki Bukit, Formasi Tanjung Dendang dan Formasi Mempelam.

Asal-usul Nama[sunting | sunting sumber]

Nama formasi batuan ini mula diperkenalkan oleh Jones (1961) bersempena nama wilayah Setul (kini dipanggil Satun) di Thailand di mana formasi batuan ini turut ditemui.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Formasi Setul bertaburan dengan meluas dari Tanjung Rhu hingga utara Pulau Dayang Bunting serta sebahagian kecil Teluk Kubang Badak di Langkawi.

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Insamut dan Mat Niza Abdul Rahman (2017) mengkorelasikan bahagian bawah Kumpulan Setul iaitu Formasi Kaki Bukit dengan Kumpulan Thung Song manakala bahagian atas kumpulan dengan bahagian bawah Kumpulan Thong Pha Phum di selatan Thailand.

Litologi[sunting | sunting sumber]

Jones (1978) mengelaskan formasi ini kepada 5 ahli iaitu Batu Kapur Dasar, Batu Kapur Setul Bawah, Ahli Detrital Bawah, Batu Kapur Setul Atas dan Ahli Detrital Atas[1].

MT-JGSC (2015) mengelaskan semula Formasi Setul kepada 3 ahli dengan menaiktaraf Ahli Detrital Atas sebagai sebahagian Formasi Jentik[2].

Insamut dan Mat Niza Abdul Rahman (2017) menaiktaraf Formasi Setul kepada Kumpulan Setul dan ahli-ahli batuannya dinaiktaraf kepada Formasi Kaki Bukit, Formasi Tanjung Dendang dan Formasi Mempelam.

Bil Pengelasan oleh Jones (1981) Pengelasan oleh Meor (2013) Insamut dan Mat Niza Abdul Rahman (2017)
Ahli Ciri-ciri Formasi Ahli Ciri-ciri
1 Batu Kapur Dasar Batu kapur kelabu berlapisan tebal dengan tompokan bersilika yang banyak. Terdapat span dan nautiloid tersilisifikasi yang terawet teruk. Batu Kapur Kaki Bukit Formasi Kaki Bukit Batu kapur kelabu berlapisan tebal dengan lapisan berfosil. Stilolit dan laminar tidak seragam biasa ditemui. Bahagian dasar terdiri daripada batu kapur tebal yang berselang lapis dengan batu lodak.
2 Batu Kapur Setul Bawah Batu kapur kelabu gelap berlapisan tebal dengan fosil cangkerang bertaburan. Stilolit dan laminar tidak seragam biasa ditemui.
3 Ahli Detrital Bawah Formasi Tanjung Dendang Formasi Tanjung Dendang Batu lodak, syal dan rijang berwarna hitam kegelapan yang berlapisan baik dengan kehadiran fosil graptolit, trilobit dan fosil cangkerang.
4 Batu Kapur Setul Atas Batu Kapur Mempelam Formasi Mempelam Batu kapur kelabu gelap yang berlapisan tebal dan kurang berfosil.
5 Ahli Detrital Atas Formasi Timah Tasoh (Dimasukkan sebagai Unit Bawah Formasi Jentik)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jones, C.R., Geology and mineral resources of Perlis, North Kedah and the Langkawi Islands, Memoir 17, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, 1978
  2. ^ The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee, MT-JGSC, Geological Conservation and Geological Tourism in Langkawi - Tarutao Islands, Geological Papers Volume 13, 2015