Kumpulan Teja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teja
Teja 02.jpg
Laungan Suci album cover
Latar belakang
Berasal dari Perak Malaysia Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1988-present
Syarikat rakaman BMG
Kegiatan berkaitan Band
Laman sesawang http://instagram.com/tejaofficial
Ahli Rasyid (Vokal)
Syed (Gitar Utama)
MP (Bass)
Lan (Drum)
Bekas ahli

Din
Dino
Zul

Hatta

Kumpulan Teja merupakan sebuah kumpulan Rock yang berasal dari Ipoh di Malaysia dan masih aktif sehingga hari ini. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu Pop Rock.

Kumpulan Teja adalah sebuah kumpulan rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1990-1992. Ditubuhkan pada tahun 1986 dengan nama Deserter digunakan sebagai nama kumpulan. Dianggotai oleh Lan (Drum), Yed (Gitar), Din (Gitar), MP (Bass) dan Hatta (Vokal), kumpulan ini pernah menyertai beberapa pertandingan muzik dan pertunjukkan pentas sekitar Ipoh dan Perak serta sekitarnya. Pernah ditaja oleh sebuah syarikat Kingsway untuk mengadakan tour dan show di sekitar Perak pada tahun 1987-1988. Menyertai pertandingan band Bintang Box Office 87 tetapi hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Ketika itulah, Kumpulan Teja dilamar oleh seorang komposer terkenal iaitu Rahim Othman yang telah berjaya mencipta banyak lagu-lagu yang popular, juga seorang pemain flute dan ahli Kumpulan Carefree. Menduduki tangga ke-2 (Naib Johan) dalam pertandingan Malaysia Battle Of Rock 1988 anjuran Mutiara Entertainment dan Dewi Suhana Studio menyampaikan 1 lagu ciptaan sendiri dan sebuah lagu cover dari sebuah kumpulan rock luar negara.

Selepas beberapa tahun nama Kumpulan Deserter ditukar kepada nama baru iaitu Kumpulan Teja kerana ingin bercirikan kemelayuan dan kenegaraan serta lebih bercirikan tempatan. Menandatangani kontrak rakaman bersama Rahim Othman Production pada tahun 1989 dan album pertama Teja mula berada di pasaran pada tahun 1990 bertajuk TEJA dengan Rahim Othman sebagai penerbit album serta dibantu oleh Din serta Kid serta anggota Kumpulan Search yang lainnya. Album tersebut diedarkan oleh syarikat rakaman BMG Music dengan menampilkan lagu hit mereka Kau Yang Tak Mengerti ciptaan Rahim Othman yang berjaya menjadi hit sekaligus mempopularkan nama Kumpulan Teja. Album ini juga memuatkan lagu Kenangan Semusim Cinta, Belayar Dalam Perut Paus, Jelingan Manja serta Anak Bumi.

Lagu Kau Yang Tak Mengerti dan Jelingan Manja telah dimuatkan dalam filem Memori. Karya dan arahan sepenuhnya oleh Seniwati Rosnani Jamil(Mak Nani) dan berada di pawagam pada tahun 1991.Kumpulan Teja juga berlakon dalam filem tersebut sebagai pemuzik undangan dalam filem tersebut serta bersama sama pelakon,pengarah serta krew lainnya menjelajah seluruh negara untuk promosi filem tersebut

Pada waktu ini Kumpulan Teja telah mengalami perubahan anggota mereka iaitu Zul (bekas pemain gitar Kumpulan Student) menggantikan Din dan Rashid pula menjadi vokalis baru menggantikan vokalis asal iaitu Hatta.

Album Laungan Suci 1992 adalah album ke 2 Kumpulan Teja dan diterbitkan oleh Zulkif seorang pemain gitar dan juga ahli Kumpulan Headwind serta diedarkan oleh BMG Music. Diwaktu ini juga Kumpulan Teja mengalami perubahan anggota sekali lagi. Din masuk kembali menggantikan Zul dan Dino(bekas pemain dram Kumpulan Saga) masuk menggantikan Lan. Antara lagu popular di dalam album ini adalah Laungan Suci ciptaan Zulkif dan Kenangan Di Taman Cinta ciptaan Saari Amri seorang komposer yang sedang meningkat popular pada waktu itu. Album tersebut turut menampilkan lagu lagu seperti Salam Sayangku, Titian Usia dan Aku dan Dia serta kolaborasi nama-nama besar yang turut menjayakan album ini seperti Ito Blues Gang, Fairuz dan Dilla Hussein, Dr Wan Zawawi Ibrahim, Ramli Sarip serta ramai lagi.

Setelah menghasilkan dua album, nama Kumpulan Teja seakan menyepi dari industri muzik rock tanah air. Akhirnya pemain bass Teja, MP atau nama sebenarnya Mohamad Riza bin Mahamad Amran pula keluar dan menganggotai Kumpulan Spring menggantikan Yunus yang menarik diri dari kumpulan tersebut.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

* DESERTER

  1. LAN - DRUM
  2. EMPY - BASS
  3. SYED - GITAR
  4. DIN - GITAR
  5. HATTA - VOKAL
  • TEJA - (1991)
  1. LAN - DRUM
  2. EMPY - BASS
  3. SYED - GITAR
  4. ZUL - GITAR
  5. RASHED - VOKAL
  • TEJA - (1992)
  1. DINO - DRUM
  2. EMPY - BASS
  3. SYED - GITAR
  4. DIN - GITAR
  5. RASHED - VOKAL
  • TEJA - sekarang/present
  1. LAN - DRUM
  2. EMPY - BASS
  3. SYED - GITAR
  4. RASHED - VOKAL

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Audio[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Kulit album Teja 1991

Teja 1991


Kulit album Teja Laungan Suci 1992

Laungan Suci 1992

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1991 Memori (Penampilan Khas)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Malaysia Muzik Rock Database Senarai penyanyi Malaysia