Kumpulan Tentera Darat Courland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kumpulan Tentera Darat Courland (Bahasa Jerman: Heeresgruppe Kurland) adalah sebuah kumpulan tentera darat Jerman di Barisan Timur yang telah ditubuhkan dari saki-baki Kumpulan Tentera Darat Utara, telah di pencilkan di Semenanjung Courland oleh kemaraan Tentera Merah dalam Penyerangan Baltik tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua. Kumpulan tentera darat tersebut kekal terpencil sehingga akhir Perang Dunia II di Eropah. Semua unit Kumpulan Tentera Darat telah diarah menyerah kalah ekoran daripada perletakkan senjata pemerintahan Wehrmacht pada 8 Mei 1945.

Setelah dipersetujui bagi semua angkatan tentera Jerman untuk menamatkan permusuhan (lihat Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman), Tentera Darat Ke-16 dan Tentera Darat Ke-18 Kumpulan Tentera Darat Courland, yang diperintah oleh Jeneral Infantri Carl Hilpert, menamatkan permusuhan pada jam 23:00, 8 Mei 1945, menyerahkalah kepada Leonid Govorov, Panglima Barisan Leningrad. Menjelang pagi 9 Mei 1945 189,000 askar Jerman, termasuk 42 pegawai jeneral, didalam Kelompok Courland telah menyerah diri.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Stem yang digunakan dalam kelompok Courland (1945)

Pengumpulan trup yang dinamakan Kumpulan Tentera Darat Courland telah dicipta apabila Tentera Merah menghampiri Laut Baltik berhampiran sungai Memel pada hari selasa, 10 Oktober 1944.

Hasilnya, apa yang dikenali ketika itu sebagai Kumpulan Tentera Darat Utara telah terputus di Latvia dari keseluruhan Tentera Darat Jerman, dan terus kekal terputus sehingga perang berakhir. Kira-kira 200,000 askar Jerman dalam 26 divisyen terperangkap didalam apa yang dikenali sebagai Kelompok Courland. Kumpulan Tentera Darat Courland kekal wujud sehingga berakhirnya perang di Eropah.

Kumpulan Tentera Darat Courland telah diwujudkan pada 25 Januari 1945, apabila diktator Jerman Adolf Hitler menamakan semula Kumpulan Tentera Darat Utara, Kumpulan Tentera Darat Tengah, dan Kumpulan Tentera Darat A. Perubahan nama oleh Hitler bermaksud Kumpulan Tentera Darat Utara menjadi Kumpulan Tentera Darat Courland (Heeresgruppe Kurland), Kumpulan Tentera Darat Tengah menjadi Kumpulan Tentera Darat Utara (Heeresgruppe Nord) dan Kumpulan Tentera Darat A menjadi Kumpulan Tentera Darat Tengah (Heeresgruppe Mitte).

Pemencilan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tentera Darat Courland terdiri daripada Tentera Darat Ke-16 Jerman dan Tentera Darat Ke-18 Jerman. Kedua-dua ketumbukan itu telah dihantar ke Courland sebahagiannya untuk melindungi tapak latihan bagi saki baki angkatan U-boot Nazi.[2]

Dilangkau oleh kemaraan utama Soviet, Kumpulan Tentera Darat Courland kekal tidak terusik. Walaupun hingga ke akhir perang, ketumbukan tersebut mampu meletakkan antara 24 hingga 31 buah divisyen, dengan jumlah tepat divisyen bergantung kepada berapa banyak divisyen yang kurang kuat atau berkaitan dikira.[2] Walaupun begitu, dengan membelakangi Laut Baltik, ia sebahagian besarnya juga kekal terputus dari bekalan semula, dan tidak mampu memecah keluar atau berpindah.

Kumpulan Tentera Darat Courland berjuang di enam pertempuran besar dalam Kelompok Courland antara 15 Oktober 1944, dan 4 April 1945.[petikan diperlukan] Tarikh bagi enam pertempuran itu adalah seperti berikut:

  1. Dari 15 Oktober 1944, hingga 22 Oktober 1944
  2. Dari 27 Oktober 1944 hingga 25 November 1944
  3. Dari 23 Disember 1944 hingga 31 Disember 1944
  4. Dari 23 Januari 1945 hingga 3 Februari 1945
  5. Dari 12 Februari 1945 hingga 19 Februari 1945
  6. Dari 17 Mac 1945 hingga 4 April 1945
Kata dua Soviet

Pada 7 Mei 1945, ketua negara (Staatsoberhaupt) dan Presiden (Reichspräsident) Jerman Karl Dönitz mengarahkan Kolonel Jeneral Carl Hilpert, menyerahkan Kumpulan Tentera Darat Courland. Hilpert merupakan panglima terakhir kumpulan tentera darat itu.[3] Hilpert menyerah diri bersama staf peribadinya, dan tiga divisyen Kor XXXVIII kepada Marsyal Kesatuan Soviet Leonid Govorov. Hilpert menghantar pesanan berikut kepada pasukannya: "Kepada semua perajurit! Marsyal Govorod (sic) telah bersetuju untuk gencatan senjata bermula tepat jam 14:00 pada 8 Mei. Pasukan akan diberitahu segera. Bendera putih akan dikibarkan. Panglima harap arahan akan diikuti, yang mana nasib semua askar Courland akan dijaga."[4]

Pada 8 Mei, Jeneral Rauser (Ketua Logistik Kumpulan Tentera Darat) berjaya mendapatkan syarat-syarat penyerahan kalah yang lebih baik dari pihak Soviet. Pada 9 Mei, suruhanjaya Soviet di Peilei mula menyoal siasat kakitangan tawanan Kumpulan Tentera Darat Courland. Pihak Soviet mula menghimpunkan kesemua askar-askar Jerman yang masih berada dalam Kelompok Courland.[5] Menjelang hujung 11 Mei askar-askar Barisan Lenigrad telah menguasai semenanjung Courland, menghampiri pantai Riga Bay dan Laut Baltik.[6]

Dari 9 Mei hingaa 12 Mei 140,408 anggota dan pegawai tanpa tauliah, 5,083 pegawai dan 28 jeneral dalam Kelompok Courland, menyerah diri. Kelengkapan yang dirampas dalam tempoh yang sama terdiri daripada 75 pesawat; 307 kereta kebal dan meriam gerak sendiri; 1,427 meriam; 557 mortar; 3,879 mesingan; 52,887 senapang dan sub-mesingan; 219 pengangkut anggota berperisai; 310 stesen radio; 4,281 kenderaan; 240 traktor, 3,442 pedati yang dipenuhi dengan kargo tentera, 14,056 ekor kuda.[7]

Pada 23 Mei, pengumpulan tentera Jerman oleh pihak Soviet di Kelompok Courland telah selesai. Sejumlah kitra-kira 180,000 askar Jerman telah ditawan. Pegawai tawanan Jerman telah diserahkan kepada NKVD. Sebahagian besar tawanan telah dibawa ke Valdai Hills.[5]

Kesudahan[sunting | sunting sumber]

Selepas menyerahkalah, sesetengah elemen Kumpulan Tentera Darat Courland secara singkat cuba membentuk dirinya sebagai Freikorps. Ini adalah satu tindakan yang serupa sama seperti pada pengakhiran Perang Dunia I, tetapi tidak normal bagi pengakhiran Perang Dunia II. Formasi Freikorps telah dihalang oleh pihak Soviet, yang jelas tidak mahu membenarkan tindakan tersebut berlaku oleh musuh yang telah kalah.[2] Di samping itu, pihak Soviet tidak berhasrat membenarkan Jerman terus menetap di kawasan Courland selepas perang.

Terdapat sejumlah askar Jerman, Estonia dan, Latvia mengelak dari ditangkap Soviet. Kira-kira 4000 askar Latvia lari ke hutan dan membentuk pasukan partisan untuk meneruskan perjuangan mereka terhadap Soviet dan mendapatkan kemerdekaan bagi Latvia yang diduduki Soviet.[8]

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

  • 15 Januari hingga 27 Januari 1945 - Generaloberst Lothar Rendulic
  • 27 Januari hingga 10 Mac 1945 - Generaloberst Heinrich von Vietinghoff - Von Vietinghoff menyerah diri kepada pihak Bersekutu di Itali. Beliau telah dipenjarakan sekejap dan dibebaskan pada tahun 1946. Beliau meninggal dunia pada 1952.
  • 10 Mac hingga 25 Mac 1945 - Generaloberst Lothar Rendulic (sekali lagi) - Rendulic menyerah diri kepada pihak Bersekutu berhampiran Prague. Beliau telah dibicara, dihukum, dan disabitkan dengan jenayah perang pada tahun 1948, menjalani tempoh 10 tahun penjara dari hukuman 20 tahun. Beliau telah dibebaskan dari penjara pada tahun 1951, dan meninggal dunia pada 1971.
  • 25 Mac hingga 8 Mei 1945 - Generaloberst Carl Hilpert

Para pegawai kanan pada masa penyerahan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ May 9th 1945 (From the Soviet Information Bureau) part of the RIA Novosti 60 anniversary of surrender project Diarkibkan May 14, 2007, di Wayback Machine.
  2. ^ a b c World War II - Willmott, H.P. et al., Dorling Kindersley Publishers Ltd, 2004
  3. ^ May 12th, 1945 (From the Soviet Information Bureau Our Victory) Diarkibkan September 27, 2007, di Wayback Machine. part of the RIA Novosti 60 anniversary of surrender project Diarkibkan May 14, 2007, di Wayback Machine. notes that Hilpert was commander of the XXXVIII Corps, it explains why only 3 divisions surrenderd with him
  4. '^ Hans Dollinger The Decline and Fall of Nazi Germany and Imperial Japan -, Library of Congress Catalogue Card Number 67-27047, Page 290
  5. ^ a b The Decline and Fall of Nazi Germany and Imperial Japan - Hans Dollinger, Library of Congress Catalogue Card Number 67-27047, Page 278
  6. ^ a b May 11th, 1945 (From the Soviet Information Bureau Our Victory) part of the RIA Novosti 60 anniversary of surrender project Diarkibkan May 14, 2007, di Wayback Machine.
  7. ^ a b May 12th, 1945 (From the Soviet Information Bureau Our Victory) Diarkibkan September 27, 2007, di Wayback Machine. part of the RIA Novosti 60 anniversary of surrender project Diarkibkan May 14, 2007, di Wayback Machine.
  8. ^ Bleiere, Daina; Ilgvars Butulis; Antonijs Zunda; Aivars Stranga; Inesis Feldmanis (2006). History of Latvia : the 20th century. Riga: Jumava. m/s. 364. ISBN 9984-38-038-6. OCLC 70240317. 
  9. ^
    • SS Obergruppenfuhrer von Pfeffer-Wildenbrauch of the 6th Army Corps
    May 10th, 1945 (From the Soviet Information Bureau Our Victory) part of the RIA Novosti 60 anniversary of surrender project Diarkibkan May 14, 2007, di Wayback Machine.

Templat:Subject bar