Kumpulan Tentera Darat Don

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Tentera Darat Don adalah kumpulan tentera darat Jerman untuk jangka pendek semasa Perang Dunia II.

Pada 20 November 1942 Hitler sekali lagi mengarah penyusunan semula barisan selatan di Soviet Union. Arahan tersebut adalah seperti berikut: "antara Kumpulan Tentera Darat A dan B di muara sungai Don mesti dihantar Kumpulan Tentera Darat yang lain".

Kumpulan Tentera Darat Don telah diwujudkan dari markas Tentera Darat Ke-11 di sektor selatan Barisan Timur pada 22 November 1942. Kumpulan tentera darat ini bertahan sehingga Februari 1943 apabila ia digabungkan dengan Kumpulan Tentera Darat B dan diambil untuk membentuk Kumpulan Tentera Darat Selatan.

Satu-satunya panglima Kumpulan Tentera Darat Don ialah Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Erich von Manstein. Ia terdiri daripada Tentera Darat Ke-6 Jerman dalam kelompok Stalingrad, yang mana termasuk elemen-elemen Tentera Darat Ke-4 Panzer yang terkepung, bersama-sama dengan Tentera Darat Ke-3 Romania.[1]

Marsyal Zhukov menyatakan, "Kita kini tahu rancangan Manstein untuk menyelamatkan angkatan yang terkepung di Stalingrad adalah menyusun dua pasukan gempur - di Kotelnikovo dan Tormosin." Percubaan itu gagal sama sekali."[2]

Ia diwujudkan untuk menampung garisan antara Kumpulan Tentera Darat A dan Kumpulan Tentera Darat B.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemahkan oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 113. ISBN 9781473833869.
  2. ^ Zhukov, Georgy (1974). Marshal of Victory, Volume II. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 133,137. ISBN 9781781592915.