Kumpulan Tentera Darat F

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Tentera Darat F ([Heeresgruppe F] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah formasi pemerintahan strategik Wehrmacht semasa Perang Dunia Kedua. Panglima Kumpulan Tentera Darat F juga berkhidmat sebagai Oberbefehlshaber Südost (OB Sudost).

Di tubuhkan pada 12 Ogos 1943, di Bayreuth (WK XIII), ia ditempatkan sepenuhnya di rantau Balkan. Pemerintahnya dari Ogos 1943 ialah Maximilian von Weichs yang dinaikkan pangkat ke Generalfeldmarschall pada 1 Februari 1943, dengan Leftenan Jeneral Hermann Foertsch bertugas sebagai Ketua Staf.[1] Penglibatan utamanya dalam pertempuran ialah mempertahankan dari kemungkinan pencerobohan pihak Bersekutu dalam apa yang dilihat sebagai "kelemahan bahagian bawah" Jerman, dan menentang kumpulan partisan tempatan yang semakin kukuh. Pada hujung tahun 1944, ia menyelia pengunduran Jerman dari Greece dan kebanyakkan Yugoslavia ekoran daripada Penyerangan Budapest.

Kumpulan Tentera Darat ini terlibat dalam keseluruhan perang, Tentera Darat Ke-2 Panzer di Yugoslavia dan Albania, dan Kumpulan Tentera Darat E di Greece.

Senarai Tempur November 1943[sunting | sunting sumber]

Senarai Tempur Julai 1944[sunting | sunting sumber]

Unit-unit bawahan Kumpulan Tentera Darat hampir kesemuanya askar "perkubuan" dan divisyen simpanan, unit sukarelawan asing yang bersubahat seperti "Cossacks" dan Divisyen Ke-392 Infantri (Croatia).[2]

Untuk mempertahankan Serbia, Panglima Kumpulan Tentera Darat F menghimpunkan Kumpulan Tentera Darat Serbia pada 26 September 1944. Kumpulan Tentera Darat Serbia (Templat:Lang-ger) diperintah oleh Jeneral Hans Felber. Kumpulan Tentera Darat Serbia telah dibubarkan pada 27 Oktober 1944.

Army Group F telah dibubarkan pada 25 Mac 1945.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ D 4, Hogg
  2. ^ p.200, Mitcham

Sumber[sunting | sunting sumber]