Kumpulan Tentera Darat G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kumpulan Tentera Darat G (Heeresgruppe G) berjuang di Barisan Barat pada Perang Dunia II dan merupakan salah satu komponen OB West.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Apabila pencerobohan pihak Bersekutu ke atas Selatan Perancis (Operasi Dragoon) berlaku, Kumpulan Tentera Darat G mempunyai 11 divisyen yang boleh digunakan untuk mempertahankan selatan Loire Perancis.[2] Selepas kejayaan pencerobohan pihak Bersekutu terhadap Selatan Perancis, pada 17/18 Ogos pihak Markas Pemerintahan Tertinggi Jerman (OKW) mengarahkan Kumpulan Tentera Darat G, dengan pengecualian trup yang memegang pelabuhan kubu, meninggalkan selatan Perancis. Kor LXIV Jerman, yang telah bertanggungjawab bagi tentera di barat daya sejak Tentera Darat Pertama berundur beberapa minggu lebih awal untuk mempertahankan garisan di Sungai Seine tenggara Paris, membentuk tiga kumpulan bergerak dan berundur ke timur arah Dijon. Pada masa yang sama Tentera Darat Ke-19 Jerman, berundur arah utara melalui lembah Rhône ke arah Plateau de Langres dimana ia disertai oleh Tentera Darat Ke-5 Panzer yang telah ditugaskan ke Kumpulan Tentera Darat G supaya dapat melakukan serangan balas terhadap Tentera Darat Ke-3 Amerika.[3] Pengunduran itu tidak mengikut seperti yang dirancangkan, kerana pengunduran Tentera Darat Ke-19 mengakibatkan ramai anggota Kumpulan Tentera Darat G ditawan oleh Kumpulan Tentera Darat Ke-6 Amerika.[4] Pada masa pengunduran itu berakhir Jeneral Johannes Blaskowitz telah kehilangan separuh dari kekuatan pasukannya dan telah digantikan pada 21 September oleh Jeneral Hermann Balck.[5] Menjelang pertengahan September Tentera Darat Ke-5 Panzer berada dalam kedudukan di bahagian sayap kiri garisan Jerman utara sempadan Switzerland. Dari sana Panzer Ke-5 bersama elemen-elemen Tentera Darat Pertama menyerang Tentera Darat Ketiga Amerika, manakala Tentera Darat Ke-19 Jerman yang semakin kecil itu menentang Tentera Darat Pertama Perancis dan Tentera Darat Ketujuh A.S. dibawah Jeneral Alexander M. Patch.[6]

Kumpulan Tentera Darat G berjuang di Pergunungan Vosges pada November 1944 dan berundur melalui Lorraine dan utara Alsace pada Disember.[7] Pada hujung November 1944, Kumpulan Tentera Darat G kehilangan sementara tanggungjawab tentera Jerman di Kelompok Colmar dan di Sungai Rhine selatan Bienwald kepada Kumpulan Tentera Darat Upper Rhine. Pada Januari 1945 kumpulan tentera darat ini menyerang dalam Operasi Nordwind, serangan balas akhir terbesar Jerman di Barisan Barat.[7] Dengan kegagalan Nordwind dan pengusiran Jerman dari Kelompok Colmar, Kumpulan Tentera Darat Oberrhein telah dibubarkan dan Kumpulan Tentera Darat G mengambil semula tanggungjawab bagi pertahanan barat daya Jerman.

Tidak dapat menghentikan penyerangan tentera Bersekutu yang berjaya membersihkan Rhineland-Palatinate dan kemudiannya merentasi Sungai Rhine, askar-askar Kumpulan Tentera Darat G dapat berjuang mempertahankan kota-kota Heilbronn, Crailsheim, Nuremberg dan Munich pada April 1945.

Kumpulan Tentera Darat G menyerahkalah kepada tentera A.S. di Haar, Bavaria Jerman pada 5 Mei, 1945.[8]

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

8 Mei 1944 Generaloberst Johannes Blaskowitz
21 September 1944 General der Panzertruppe Hermann Balck
24 Disember 1944 Generaloberst Johannes Blaskowitz
29 Januari 1945 Generaloberst Paul Hausser
2 April 1945 General der Infanterie Friedrich Schulz

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Trup Markas Kumpulan Tentera Darat
Rejimen 606 Semboyan Kumpulan Tentera Darat
Unit bawahan
1944
Mei 1944 Tentera Darat Pertama, Tentera Darat Ke-19
Ogos 1944 Tentera Darat Ke-19
September 1944 Tentera Darat Ke-19, Tentera Darat Pertama, Tentera Darat Ke-5 Panzer
1945
Januari 1945 Tentera Darat Pertama
Februari 1945 Tentera Darat Pertama, Tentera Darat Ke-19
April 1945 Tentera Darat Pertama, Tentera Darat Ke-19

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cole (references) End Notes Diarkibkan October 31, 2006, di Wayback Machine.
  2. ^ Pogue (references) CHAPTER XII The Campaign in Southern France p.227
  3. ^ Pogue (references) p.228
  4. ^ Fact File : Antwerp Captured, BBC, June 2003
  5. ^ Pogue (references) p.229
  6. ^ Pogue (references) p.230
  7. ^ a b 100th Infantry Division Association References
  8. ^ World Almanac of World War II, editor: Peter Young; St. Martin's Press

Templat:Subject bar