Kumpulan Tentera Darat Ke-21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan Tentera Darat Ke-21
Lencana bahu lengan Kumpulan Tentera Darat Ke-21
Aktif1943–45
NegaraUnited Kingdom United Kingdom
Cawangan Tentera Darat British
JenisKumpulan tentera darat
Saiz200,000
Sebahagian daripadaAngkatan Ekspedisi Bersekutu
Komander
Komander
terkenal
Bernard Paget
Bernard Montgomery

Kumpulan Tentera Darat Ke-21 adalah sebuah formasi markas Perang Dunia II British, memerintah dua buah tentera darat medan dan unit-unit bantuan lain, terdiri daripada Tentera Darat Kedua British dan Tentera Darat Pertama Kanada. Ditubuhkan di London pada Julai 1943, dibawah pemerintahan Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SHAEF), ia ditugaskan dalam Operasi Overlord, iaitu penyerbuan Sekutu Barat terhadap Eropah, dan merupakan sebuah ketumbukan penting pihak Bersekutu dalam Kancah Eropah. Kumpulan Tentera Darat Ke-21 beroperasi di Utara Perancis, Luxembourg, Belgium, Negara Belanda dan Jerman dari bulan Jun 1944 hingga berakhirnya perang di Eropah pada Mei 1945, setelah itu ia dibentuk semula sebagai Tentera Darat British Rhine (BAOR).

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Komponen formasi utama Kumpulan Tentera Darat Ke-21 ialah Tentera Darat Pertama Kanada dan Tentera Darat Kedua British. Pada praktiknya, kedua-dua tentera darat itu tidak sama dengan British atau Kanada. Turut dimasukkan adalah unit Poland, dari Normandy seterusnya dan unit-unit kecil Belanda, Belgium, dan Czech; unit Tentera Darat AS di lampirkan dari masa ke semasa. Unit talian komunikasi adalah kebanyakannya British.

Unit lampiran A.S.[sunting | sunting sumber]

Unit tentera Amerika diletakkan dibawah pemerintahan British pada masa-masa tertentu. Ia hanyalah bersifat sementara . Aturan ini berlaku apabila

  1. Ketumbukan Pertama Airborne Bersekutu, termasuk dua divisyen airborne A.S. (iaitu Divisyen Ke-101 Airborne dan Divisyen Ke-82 Airborne), telah diaturgerak semasa Operasi Market Garden dan pertempuran berikutnya;
  2. sebagai bala bantuan kepada Tentera Darat Pertama Kanada semasa Pertempuran Scheldt (Divisyen Ke-104 Infantri)
  3. sebagai kesan gangguan kepada rantaian pemerintahan semasa Pertempuran Bulge (Tentera Darat Pertama dan Tentera Darat Kesembilan A.S.);
  4. sebagai bala bantuan bagi gerakan ke Rhine (Operasi Veritable dan Grenade) (Tentera Darat Kesembilan AS) dan penyeberangan sungai Rhine kemudiannya (Operasi Plunder dan Varsity) (Tentera Darat Kesembilan AS dan Kor XVIII Airborne A.S.;
  5. untuk membenarkan satu struktur pemerintahan yang efisien semasa unjuran Geilenkirchen (Divisyen Ke-84 Infantri AS).

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liddell Hart Centre for Military Archives
  2. ^ Montgomery and "colossal cracks": the 21st Army Group in northwest Europe By Stephen Hart, p.8

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Defeat in the West; Milton Shulman, first published 1947
  • The Struggle for Europe; Chester Wilmot