Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat
Insignia bahu Kumpulan Tentera Darat Ke-12
Aktif1944–45
NegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
CawanganBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Kenteteraan Amerika Syarikat
JenisKumpulan tentera darat
PerananMarkas Kumpulan Tentera Darat
Saiz1.3 juta anggota
Sebahagian daripadaAngkatan Ekspedisi Bersekutu
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Omar Bradley

Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat merupakan sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang terbesar dan terkuat yang pernah diletakkan di medan perang.[1] Ia menguasai majoriti tentera Amerika di Barisan Barat pada tahun 1944 dan 1945. Ia telah diperintah oleh Jeneral Omar Bradley dengan markas di London pada 14 Julai 1944.

Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat Bradley, yang kemudian membentuk sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas, membentuk sayap kanan dalam garisan Bersekutu semasa Pendaratan Normandy dan Pertempuran Normandy. Pada Julai mereka disertai oleh Tentera Darat Ketiga AS, dibawah perintah Jeneral George S. Patton. Sehingga bulan September, apabila Jeneral Eisenhower mengambil alih pemerintahan seluruh angkatan tentera darat Bersekutu di Barat Laut Eropah, tentera A.S. di Normandy telah dimasukkan bersama Tentera Darat Kedua British dan Tentera Darat Pertama Kanada dalam formasi markas Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British, diperintah oleh Jeneral Montgomery.

Selepas memecah keluar daripada tumpuan pantai di Normandy, Kumpulan Tentera Darat Ke-12 membentuk pusat tentera Bersekutu di Barisan Barat. Di utara ialah Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British (2 tentera darat medan yang diyatakan diatas) dan, di selatan, mara daripada pendaratan mereka di pantai Mediterranean, ialah Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat (Tentera Darat Ketujuh AS dan Tentera Darat Pertama Perancis).

Sewaktu kemaraan Kumpulan Tentera Darat Ke-12 melalui Jerman pada tahun 1945, ia mengawal empat tentera darat medan: Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat, Tentera Darat Ketiga AS, Tentera Darat Kesembilan Amerika Syarikat dan Tentera Darat Kelima Belas Amerika Syarikat. Menjelang V-E Day, Kumpulan Tentera Darat Ke-12 merupakan sebuah ketumbukan yang berkekuatan lebih 1.3 juta askar.[2]

Senarai tempur – 8 Mei 1945[sunting | sunting sumber]

Sumber: Bradley, Omar, A Soldier's Story, New York: Henry Holt and Company (1950), pp. 557–561

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

The Library of Congress possesses over 400 military situation maps created by the Engineering Section of the 12th Army Group:

https://www.loc.gov/search/?fa=contributor%3Aallied+forces.+army+group%2C+12th.+engineer+section

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bradley, Omar N. (1983). A General's Life. Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-41023-0.
  2. ^ CSI REPORT No. 6, Larger units: Theater Army – Army Group – Field Army, Combat Studies Institute, U.S. Army Command and General Staff College, Fort Leavenworth, Kansas, January 1985 [1]

Templat:US Army navbox