Teras (kumpulan muzik)
Teras | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock |
| Tahun aktif | 1980 |
| Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Teras adalah sebuah kumpulan rock heavy metal Malaysia yang berasal dari Temerloh, Pahang, seangkatan dengan Trimmer.
Kumpulan Teras sering bersaing dengan Metafora. Beberapa bekas anggota Teras kemudiannya bergabung dengan Burnmarks dan Naja untuk membentuk Kumpulan Jasad Liar .
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Teras Diasaskan Pada Tahun 1989 Oleh Acey Vokal,Edyta Drum,Zul Bass,Dan Ziman Gitar Di Temerloh, Pahang.Sehinggalah Perkenalan Mereka Pada bekas Gitaris Kumpulan Ekstrim Metal Pertama Pahang Iaitu Ayem Dari Kumpulan Asalnya Dark Forces.Kemudiannya,Gitaris Ziman Telah Meninggalkan Kumpulan Teras serta Telah Menubuhkan Kumpulan Baru iaitu Trimmer dan Tempatnya Digantikan oleh Ayuz Seorang Gitaris Dari Daerah Mentakab, Pahang.Hasil bantuan Sahabat mereka iaitu Azman Ghazali Telah memperkenalkan mereka kepada syarikat rakaman baru iaitu Antares Muzik Records.Pada Tahun 1990 kumpulan Teras telah berhijrah ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bergiat Aktif berlatih untuk Rakaman Album pertama mereka.Kesemua lagu dalam Album Teras merupakan Ciptaan Kumpulan Teras sendiri.Akhirnya,Pada awal 1991, Album Teras Terbit di pasaran dengan Kutipan jualan yang mencecah hampir ke 50,000 Ribu Unit.
Setelah promosi dan persembahan pentas Teras mulai reda,pihak syarikat rakaman Antares muzik Records telah menawarkan rakaman Album kedua Teras namun vokalis Acey sedang membantu projek baharu joe Gitaris Burnmark iaitu Jasad Liar . Manakala Sebahagian Ahli-ahli kumpulan Teras pulang ke Temerloh.Kontrak Rakaman Antares Muzik Records dengan serta merta Terbengkalai dan Gitaris Ayem pula telah diundang oleh Kumpulan Trimmer untuk membantu dalam Rakaman di balik Tabir.
Barisan keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- Acey - vokal
- AA Zul - pemain bes
- Ayuz - pemain gitar utama
- Ayem - pemain gitar kedua
- Man Teras - pemain dram
Status terkini
[sunting | sunting sumber]Kesemua anggota kumpulan Teras telah pun membawa haluan masing-masing. Antara bekas ahlinya yang sempat ditemui adalah seperti Ayuz atau nama sebenarnya Mohd Fairus yang kini menetap di Mentakab, telah pun berkahwin dan bekerja sendiri. Namun beliau masih aktif di dalam persada muzik dengan menjadi sifu kepada generasi baru tentang irama rock dan metal. Beliau sendiri masih bermain gitar dan telah improvised kepada sentuhan irama jazz dan ethnic. Kumpulan yang terhasil dari tunjuk ajar beliau ialah The Low Profile. Mohd Nasir atau 'Acey' sekarang tidak lagi menjadi vokalis tetapi mengubah posisi kepada pemain drum dan menjadi 'sessionist' dan juga sifu kepada beberapa pemuzik di sekitar Temerloh. Man kini menetap di Bukit Indah, Ampang.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Teras (1990)
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Kembali"
- "Cebisan Kenangan"
- "Roda-roda Liar"
- "Pilu"
- "Sengketa Dunia"
- "Jawapan Misteri"
- "Ku Kehilangan Diana"
- "Terimalah Seniku"
- "Pudar Sinar Di Ufuk Percintaan"
- "Teras"
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
