Kumpulan The 4aith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The faith
Berasal dariMalaysia
Genrenasyid moden
PekerjaanVokal
InstrumenVokal
Tahun aktif2016-kini
Laman sesawang
www.the4aith.com.my
AhliAmir Firdaus
Aniq Muhai
Fahimi Rahmat
Firdaus Rahmat

Kumpulan The 4aith merupakan sebuah kumpulan nasyid moden, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur sejak 20 Jun 2016. Kumpulan The 4aith yang dianggotai oleh empat sekawan, Amir Firdaus, Aniq Muhai, Fahimi Rahmat dan Firdaus Rahmat mengambil kesempatan untuk berdakwah melalui penggunaan lagu popular.[1]

Bagi mencapai matlamat mereka, mereka telah mengambil langkah untuk menyanyikan semula lagu Despacito nyanyian Justin Bieber, Daddy Yankee dan Luis Fonsi yang diubah liriknya dengan unsur dakwah dan ditukar tajuknya dengan Dengarilah.

Ternyata langkah mereka menjadi dan mereka kini semakin terkenal berikutan langkah berani mereka mengubah lirik lagu bahasa Inggeris yang menjadi ikutan dengan lirik berunsurkan dakwah. Selain lagu ‘Despacito’, lagu lain yang diubah suai adalah seperti lagu Love Yourself nyanyian Justin Bieber yang ditukar kepada Kembalilah,Locked Away nyanyian Adam Levine ditukar kepada Persahabatanku dan Photograph nyanyian Ed Sheeran ditukar kepada Mengingatimu.

Adnin Roslan merupakan penerbit lagu The 4aith menyatakan bahawa mereka memberi nafas baru dengan mengubah lirik lagu Despacito itu dengan unsur dakwah dan tajuknya 'Dengarilah', dengan tujuan menghasilkan lirik baru itu supaya pendengar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini adalah pendekatan baru yang digunakan oleh golongan muda sebagai satu cara untuk berdakwah kepada orang ramai melalui media sosial. Ia adalah lagu kesembilan yang diubahsuai dan dinyanyikan oleh The 4aith.

Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Amir Firdaus
  • Aniq Muhai
  • Fahimi Rahmat
  • Firdaus Rahmat

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis Lirik Catatan
2018 "Yang Pertama" Omar K & Adib Hamdi Omar K, Adib Hamdi & Ustaz Adnin
2022 "Shine" (feat. Omar Esa) Firdaus Rahmat, Omar K & Iqie Hugh

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]