The Rhythm Boys

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan The Rhythm Boys)
Jump to navigation Jump to search
Album piring hitam kumpulan The Rhythm Boys bersama penyanyi Adnan Othman.

The Rhythm Boys merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Ia pernah merakamkan lagu pada piring hitam dengan penyanyi utamanya A Ramlie, Ramlah Aziz, A. Rhyme, Adnan Othman, Shaari Omar, S. Mariam, dan M. Amin.

The Rhythm Boys pernah memenangi Juara Kugiran anjuran Persatuan Pemuda Pemudi Bandaraya Singapura pada 1966 setelah mengalahkan M. Osman bersama The Clans manakala A. Ramlie ketika itu bersama The Ramlie's. Ketika itu penyanyi utama mereka adalah Jefrydin tetapi bukan untuk rakaman piring hitam.