Tyco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Tyco)
Tyco
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
KRU
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_tz/Tyco.html

Kumpulan Tyco merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pembentukan kugiran maya ini mendapat ilham daripada sambutan hangat kumpulan Gorillaz yang diilhamkan oleh Damon Albarn, anggota kumpulan rock British, Blur.

Pada tahun 2000, Kumpulan Tyco yang secara fizikalnya dianggotai oleh 3 bersaudara iaitu Norman, Yusri dan Edry masing-masing tampil dengan karakter alter ego tersendiri di alam maya yang juga membentuk kumpulan Tyco, iaitu Tylo, Yiko dan Psylo.[1] Bertahan untuk 1 album, kumpulan maya ini mengeluarkan lagu dalam bahasa melayu dan inggeris, lagu mereka yang paling popular ialah Bidadari.

Ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia bila ada kumpulan muzik wujud secara fizikal tampil sebagai kumpulan muzik maya dengan identiti yang berbeza.

Disebabkan jurang teknologi yang masih jauh, tidak banyak publisiti dan sambutan kurang hangat diterima oleh kumpulan ini. Situasi ini mungkin berbeza jika di era 2010an dimana capaian internet lebih meluas,warga Malaysia mahir dengan penggunaan gajet elektronik dan mereka boleh menggunakan platform YouTube untuk mempromosikan video klip animasi mereka.

Jenis Muzik[sunting | sunting sumber]

Namun kemunculan terakhir kumpulan itu menerusi album Formula Luar Biasa dikatakan gagal menawan peminat kumpulan yang dianggotai oleh tiga beradik itu.

Dan masyarakat khususnya pemerhati seni menganggap KRU sedang melalui zaman 'kegawatan' selepas beberapa tahun menguasai dunia hiburan tanah air.

Bagaimanapun andai kata ada yang menganggap Norman, Yusry dan Edry sudah tidak popular, anggapan anda itu sememangnya salah sama sekali.

Di kalangan peminat setia KRU, mereka sudah sedia maklum mengenai kewujudan kumpulan generasi baru TYCO.

TYCO merupakan kesinambungan usaha KRU untuk terus berkarya selain mahu membuktikan kepada masyarakat Malaysia mengenai daya kreativiti mereka yang tinggi.

"Ini merupakan album yang agak berlainan dari segi produksinya dan kami sengaja memilih konsep sebegini bagi memberi kelainan kepada peminat setia kami,'' ujar Norman ketika ditemu bual oleh Pancaindera.

TYCO jika dilihat secara rambangnya merupakan kemunculan KRU sebagai artis virtual animasi tiga dimensi (3D).[2]

TYCO dianggotai oleh Tylo, Yiko dan Psylo tampil dengan konsep futuristik dengan menggaulkan unsur instrumental akustik dan agresif.

Menurut Norman, muzik TYCO tidak dipengaruhi oleh unsur sound samplers, loops dan tekno seperti yang digunakan oleh kumpulan terkenal seperti Korn dan Limp Bizkit.

"Sebaliknya, stail muzik dan gaya TYCO mempunyai tarikan universal yang tersendiri dan unik,'' jelasnya lagi.

TYCO menggunakan teknologi komputer terkini dan lebih daripada itu, TYCO juga memperkenalkan muzik eksperimental yang dipanggil bounce music iaitu suatu cara baru menghasilkan kesan dan muzik menggunakan teknik komputer.

Norman menjelaskan bahawa album TCYO bukanlah album yang memuatkan lagu Inggeris semata-mata.

Sebaliknya, menurut Norman, album ini merupakan album campuran Inggeris dan Melayu.

Antara lagu yang kini mendapat perhatian daripada peminat setia kumpulan itu ialah Bidadari dan With You manakala lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah People Come People Go, Saat Ku Pejamkan, Action dan Hero.[3]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tyco bakal disenarai dalam MBR.
  2. ^ "TYCO bukti KRU masih berbisa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 2018-07-25.
  3. ^ "TYCO bukti KRU masih berbisa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 2018-07-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]