Kumpulan VIII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Unsur – unsur dalam Kumpulan VIII juga dikenali sebagai gas adi.Unsur-unsur yang terdapat di dalam Kumpulan VIII ialah:

Semua gas adi wujud sebagai gas monoatom pada keadaan bilik.Ini kerana semua atom gas adi mempunyai konfigurasi elektron yang paling stabil dan atom tidak boleh melepaskan, menerima, atau berkongsi dengan atom lain.Jadi atom-atom gas adi tidak bergabung dengan sesama sendiri atau atom lain.

Di dalam udara terdapat hanya kira-kira 1% gas adi.

Sifat-sifat Fizik[sunting | sunting sumber]

  • Saiz atom(jejari atom) semakin bertambah apabial menuruni Kumpulan VIII daripada helium kepada radon.Ini kerana bilangan petala terisi elektron per atom gas adi semakin bertambah apabila menuruni kumpulan itu.
  • Semua gas adi mempunyai ketumpatan yang sangat rendah.
  • Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.Ini kerana gas adi terdiri daripada atom-atom tunggal (monoatom) yang diikat bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya.
  • Semua gas adi tidak boleh mengkonduksikan elektrik dan haba.
  • Semua gas adi tidak boleh larut dalam air.

Sifat-sifat Kimia[sunting | sunting sumber]

Petala terluar atom Helium mempunyai 2 elektron valens (susunan duplet) manakala bagi gas adi yang lain mempunyai 8 elektron valens(susunan oktet).

Susunan duplet dan susunan oktet menunjukkan kestabilan gas adi melalui konfigurasi elektronnya yang penuh.

Kestabilan konfigurasi elektron ini menyebabkan semua gas adi tidak reaktif secara kimia, iaitu lengai secara kimia.

Semua gas adi tidak bertindak balas dengan unsur atau sebatian lain.