Kumpulan Volume5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Volume5 atau V5
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreModern Rock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
AhliKhairulazmi Abd Rahman Az
Sheikh Sazarin Sheikh Mustafa
Raja Mohd Taries Raja Mohd Baijad (Taries)
Azrin Abdul Aziz
Bekas ahliHairunnizam Mohd Jenan (Najam)


Kumpulan Volume5 atau V5 merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan V5 merupakan satu kumpulan penyanyi yang popular di Malaysia dengan lagu Terbang dan Tak Pernah hasil ciptaan penggubah terkemuka Ajai. Kumpulan V5 dianggotai oleh lima jejaka:-

  1. Khairulazmi Abd Rahman atau Az(vokalis)
  2. Sheikh Sazarin Sheikh Mustafa (cin/dram),
  3. Hairunnizam Mohd Jenan (Najam/gitar),
  4. Raja Mohd Taries Raja Mohd Baijad (Taries/ bass)
  5. Azrin Abdul Aziz (En/ gitar)

Bekas[sunting | sunting sumber]

  1. Hairunnizam Mohd Jenan (Najam/gitar),

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan V5 menjadi popular dengan lagu Terbang dan Tak Pernah hasil ciptaan penggubah terkenal saudara Ajai. Selepas muncul dengan album Sulung ‘Destinasi’ pada tahun 2003, V5 atau Volume 5 yang di anggotai oleh lima jejaka kini akan kembali untuk memeriahkan industri muzik tanahair.

Dalam tempoh dua tahun mereka menyepi, bukan bermakna kumpulan ini telah berpecah tapi sebaliknya kesemua mereka terikat dengan kerjaya. Selain itu, pemain gitar mereka Najam, terpaksa menarik diri atas kesibukan dengan kerja hingga terpaksa berhijrah luar kota. Tempatnya kini digantikan oleh Afiez.

Kumpulan V5 kini dalam proses untuk menyiapkan rakaman album baru. Setakat ini empat buah lagu baru telah disiapkan dengan kerjasama penggubah yang tidak asing iaitu Stone dari kumpulan Barongan dan Edri Hashim. V5 memilih untuk bekerjasama dengan Stone dan Edri kerana yakin dengan kemampuan yang ada pada mereka. ‘Kami masih mengekalkan konsep Modern Rock dalam album ini’ ujar Az.

Kini V5 mampu mengorak langkah kerana lagu hasil ciptaan edri berjudul ‘Loket Wajah Kamu’ yang juga single pertama mereka telah mula kedengaran dicorong corong radio. Kami rasa sungguh terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik juga kepada peminat kami kerana menyokong perjuangan V5.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Destinasi (2003

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Terbang (Ciptaan Ajai)
  • Tak Pernah (Ciptaan Ajai)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]