Wasiat (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Wasiat)
Wasiat
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrerock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1986-1990
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Wasiat merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan Wasiat di tubuhkan pada tahun 1986 dan pernah menyertai pertandingan Juara Rock di Expo Malaysia 30 Tahun pada 1987. Ahli kumpulan Wasiat ketika itu ialah Jamaluddin(drum), Abdul Hai(gitar), Ahmad Bakhtiar(gitar), Zainuddin(bass), Rahmat(keyboard) dan ...wan(vokal). Pertandingan tersebut dijuarai oleh kumpulan Loving Born. Tapak expo tersebut kini adalah pusat beli belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Setelah mendapat tawaran dari Happy Record pada pertengahan 1989, ramai penerbit tidak mahu menerbitkan album Wasiat kerana nama tersebut! Ahli kumpulan bertukar iaitu Zain Azman(kemudian menyertai kumpulan Blackrose) menggantikan tempat Abdul Hai, Mohd Razif mengambil alih tempat Zainuddin dan Rahmat tiada pengganti.

Dengan pertukaran ahli tersebut, kumpulan Wasiat bersetuju untuk menukar nama menjadi Kumpulan Etika, untuk menggantikan Wasiat dan merakamkan album pertama pada tahun 1990 bersama penerbit kumpulan Kopratasa dan Frankie Ong. Album tersebut dilancarkan pada 3hb September 1990 (sama hari pelancaran album pertama kumpulan XPDC). Album kedua dirakamkan pada tahun 1991 dengan khidmat penerbit Zulkif (Headwind)dan Frankie Ong.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Vocal - Wan Gitar - Ahmad Bakhtiar Gitar - Abdul Hai Dram - Jamaluddin Bass - Zainuddin, Keyboard - Rahmat

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Etika '91 - (1991)[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]