Kumpulan boron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kumpulan boron merupakan satu siri unsur dalam kumpulan 13 (sistem IUPAC) dalam jadual berkala unsur. Kumpulan boron terdiri daripada boron (B), aluminium (Al), galium (Ga), indium (In), talium (Tl), dan Ununtrium (Uut) (yang juga dipanngil Eka-thilium,tetapi masih belum disahkan). Sebagai mana kumpulan-kumpulan lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan sifat yang sama dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya elektron dalam petala yang paling luar yang menonjolkan sifat kimia yang hampir sama.

Kumpulan 13
Kala
2 B
3 Al
4 Ga
5 In
6 Tl
7 Uut
Z Unsur Bilangan elektron/petala
5 boron 2, 3
13 aluminium 2, 8, 3
31 galium 2, 8, 18, 3
49 indium 2, 8, 18, 18, 3
81 talium 2, 8, 18, 32, 18, 3

Kumpulan ini juga dahulunya pernah digelar sebagai logam bumi dan triel(dari perkataan latin tri, bermaksud tiga, merujuk kepada kumpulan IIIB). Unsur-unsur dalam kumpulan ini digambarkan sifatnya sebagai mempunyai 3 elektron valens pada petala paling luar. Boron merupakan unsur separa logam, manakala unsur-unsur lain merupakan unsur logam lemah(kecuali Ununtrium yang merupakan unsur radioaktif buatan).

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]