Kumpulan pemikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kumpulan pemikir ialah organisasi yang melakukan penyelidikan dan pengalakkan terhadap topik-topik tertentu seperti dasar sosial, strategi politik, ekonomi, ketenteraan, teknologi, dan budaya. Kebanyakan institusi dasar ini bersifat tidak untung, di mana beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada memberikan status pengecualian cukai kepada organisasi sebegini. Kumpulan pemikir lain juga dibiayai oleh pemerintah, kumpulan sokongan atau perbadanan, serta memperoleh hasil daripada kerja perundingan atau penyelidikan yang berkaitan dengan projek mereka.[1]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Kumpulan-kumpulan ini berbeza dari segi prespektif ideologi, sumber dana, penekanan topikal dan bakal pengguna.[2] Ada daripada kumpulan pemikir ini yang lebih memihak kepada parti politik dalam tujuannya, manakala ada kumpulan lain yang lebih bertumpukan kepada isu-isu tertentu.

Sumber dana dan pengguna yang disasarkan juga menentukan kerja kumpulan ini - ada yang menerima bantuan langsung pemerintah, sementara ada yang lain bergantung pada penderma swasta yang individu mahupun korporat. Hal ini akan tetap memberi kesan kepada tahap kebebasan akademik dalam setiap dasar institut dan kepada siapa atau apa yang institusi merasa terhutang budi. Pembiayaan boleh juga mewakili siapa atau apa yang menjadi sasaran pengaruh institusi tersebut; di Amerika Syarikat, contohnya, "Ada beberapa penderma ingin mempengaruhi undi dalam Kongres atau membentuk pendapat umum, manakala ada yang ingin menempatkan diri mereka atau pakar yang mereka danakan untuk mendapatkan pekerjaan dalam pemerintah yang akan datang, sementara yang lain ingin mengalakkan bidang-bidang penyelidikan atau pendidikan yang tertentu."

Beberapa penulis telah menunjukkan beberapa cara yang berbeza menggambarkan institut dasar dalam cara yang mengambil kira kepelbagainan wilayah dan negara. Sebagai contoh:[3]

  • Kumpulan awam yang ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan untung—sama ada dikenal pasti ideloginya mahupun sebaliknya;[4]
  • Institut penyelidikan dasar yang berhubungan rapat dengan universiti;
  • Kumpulan yang ditubuhkan mahupun ditaja pemerintah;
  • Kumpulan ciptaan korporat atau berkait rapat dengan perniagaan;[5]
  • Kumpulan pemikir jenis parti politik dan warisan atau peribadi;
  • Kumpulan global (atau rantau) pemikir (dengan beberapa ciri yang ada di atas).

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diane Stone 'Think Tanks and Policy Analysis', in Frank Fischer, Gerald J. Miller. & Mara S. Sidney (eds.) Handbook of Public Policy Analysis: Theory, Methods, and Politics, New York, Marcel Dekker Inc. 2006: 149–157
  2. ^ Singer, Peter. "Washington's Think Tanks: Factories to Call Our Own". the Brookings Institution. Diarkibkan daripada asal pada 21 August 2010. Dicapai 13 August 2010. 
  3. ^ Adbi.org
  4. ^ Braml, J. (2004). Think tanks versus "Denkfabriken"? U.S. and German Policy Research Institutes' Coping with and Influencing Their Environments. Baden-Baden: Nomos Verlagsgesellshaft.
  5. ^ Struyk, R. J. (2006). Managing Think Tanks: Paractical Guidance for Maturing Organizations (2 ed.). Budapest: OSI/LGI, Thes Urban Institute.