Kumpulan pengangkut tempur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan pengangkut tempur USS Abraham Lincoln semasa eksesais RIMPAC pada 20 Jun 2000

Kumpulan kapal induk tempur atau carrier battle group (CVBG) mengandungi sebuah kapal pengangkut pesawat (designasi CV) dan sebilangan besar kapal-kapal pengiring, bersamanya membentuk kumpulan ini. Pasukan petugas pertama tentera laut dibentuk disekeliling kapal pengangkut muncul hanya sebelum dan semasa Perang Dunia II. Tentera Laut Imperial Jepun atau IJN merupakan yang pertama menghimpunkan sejumlah besar kapal-kapal pengangkut kepada sebuah pasukan petugas tunggal, dikenali sebagai Kido Butai. Pasukan petugas ini telah digunakan dengan kesan yang amat buruk dalam Serangan Pearl Harbor oleh tentera laut Jepun. Kido Butai beroperasi sebagai kumpulan pengangkut tempur utama IJN sehingga empat pengangkutnya tenggelam dalam Pertempuran Midway. Sebaliknya, Tentera Laut Amerika Syarikat mengatur gerak kapal-kapal pengangkut besarnya dalam formasi yang berasingan, dengan setiap pengangkut diberikan pengiring kapal kruiser dan kapal pembinasa. Formasi tunggal pengangkut ini sering dipasangkan atau dikumpulkan bersama-sama untuk tugasan tertentu, terutamanya semasa Pertempuran Laut Karang dan Midway. Menjelang tahun 1943, namun, sejumlah besar pengangkut berat dan ringan telah bersiap, yang memerlukan formasi lebih besar tiga atau empat pengangkut. Kumpulan-kumpulan ini akhirnya membentuk Pasukan Petugas Pengangkut Laju yang menjadi unit tempur utama Armada Ketiga dan Armada Kelima A.S.

Dengan pembinaan kapal pengangkut pesawat super era Perang Dingin, amalan mengendalikan setiap pengangkut dalam formasi tunggal telah dihidupkan semula. Semasa Perang Dingin, peranan utama CVBG semasa berlakunya konflik dengan pihak Soviet Union ialah melindungi laluan bekalan Atlantik antara Amerika Syarikat dan Eropah, manakala peranan Tentera Laut Soviet ialah menganggu laluan laut ini, satu tugas asas yang lebih mudah. Disebabkan Soviet Union tidak mempunyai pengangkut besarnya sendiri, situasi pertarungan kapal pengangkut pesawat tidak mungkin berlaku. Namun, misi utama kapal selam penyerang Tentera Laut Soviet ialah mengesan setiap kumpulan tempur pihak Bersekutu dan, apabila tercetusnya permusuhan, tenggelamkan pengangkut-pengangkut tersebut. Memahami ancaman ini, CVBG membelanjakan sumber yang besar dalam misi peperangan anti-kapal selam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Morua, Michael L. (21 March 2000). "The Carrier Battle Group Force: An Operator's Perspective" (PDF). Engineering the Total Ship (ETS) 2000 Symposium. Gaithersburg, Maryland: National Institute of Standards & Technology. ADA376409. Dicapai pada 2010-10-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]