Pergi ke kandungan

Kupu-kupu raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kupu-kupu raja
betina
jantan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Kluk, 1802
Spesies:
D. plexippus
Nama binomial
Danaus plexippus
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Danaus archippus (Fabricius, 1793)[1]
Danaus menippe (Hübner, 1816)[2]

Kupu-kupu raja (Danaus plexippus) ialah satus spesies kupu-kupu yang tergolong dalam cabang Danainae dalam keluarga Nymphalidae.[3] Ia boleh dikatakan sebagai kupu-kupu yang paling terkenal di seluruh Amerika Utara. Sejak abad ke-19, ia turut ditemui di New Zealand serta juga Australia sejak tahun 1871.[4][5][6] Ia juga mendiami Kepulauan Canaria, Azores, dan Madeira, dan adakalanya berpindah ke Eropah Barat dan jarang sekali United Kingdom.[7]

Kupu-kupu ini terkenal dengan corak jingga hitam yang menonjol pada kepaknya yang lebarnya 8.910.2 sentimeter.[8] Salah satu kelompok kawanannya mendapat perhatian dari tabiat berpindah-randah besaran-besaran secara berulang-alik mengikut musim dari Kanada ke Mexico dan Baja California yang mengambil masa hayat tiga atau empat keturunan kupu-kupu berkenaan. Kelompok spesies kupu-kupu ini yang berhijrah musiman antara Amerika Utara ini telah diisytiharkan terancam oleh IUCN pada 2022.[9]

Kupu-kupu ini diberi namanya (dalam bahasa Inggeris: monarch butterfly) sempena Raja William III dari England kerana penampilan badan serangga ini yang kejinggaan atau "oren"; "Putera Oren" (Prince of Orange, Prins van Oranje) merupakan gelaran kedua utama dikurniakan kepada baginda.[10]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini dibezakan dari kupu-kupu wizurai yang serupa saiz, warna dan coraknya melainkan adanya satu jalur hitam tambahan pada kepak belakangnya. Kupu-kupu betina lebih gelap urat pada kepaknya, sementara yang jantan mempunyai bintik androconium yang merembeskan feromon di pusat setiap kepak belakang[11]. Yang jantan juga lebih besar sedikit berbanding yang betina.

  1. Committee On Generic Nomenclature, Royal Entomological Society of London; Of Entomology, British Museum (Natural History) Dept (2007-05-23) [1934]. The Generic Names of British Insects. Royal Entomological Society of London Committee on Generic Nomenclature, Committee on Generic Nomenclature. British Museum (Natural History). Dept. of Entomology. m/s. 20. Dicapai pada 2008-06-04.
  2. Scudder, Samuel H. (1989). The butterflies of the eastern United States and Canada with special reference to New England. The author. m/s. 721. ISBN 0-665-26322-8. Dicapai pada 2008-06-04. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. Agrawal, Anurag (7 March 2017). Monarchs and Milkweed: A Migrating Butterfly, a Poisonous Plant, and Their Remarkable Story of Coevolution. Princeton University Press. ISBN 9781400884766.
  4. "Wanderer Butterfly". Australian Museum: nature culture discover. Australian Museum, Sydney, Australia. Dicapai pada 15 Julai 2010. External link in |work= (bantuan)
  5. "Regal the monarch butterfly". Critters of Calamvale Creek. Robert Doolan. 2007. Dicapai pada 15 Julai 2010.[pautan mati kekal]
  6. "Wanderer Butterfly". Online Learning Resources. School of Biological Sciences,The University of Sydney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-21. Dicapai pada 2010-07-15. External link in |publisher=, |work= (bantuan)
  7. UK Butterflies - Monarch - Danaus plexippus from UK Butterflies
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Garber"
  9. Daly, Natasha (21 Julai 2022). "Monarch butterflies are now an endangered species". National Geographic. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  10. Adams, Jean Ruth (1992). Insect Potpourri: Adventures in Entomology. CRC Press. m/s. 28–29. ISBN 978-1-877743-09-2.
  11. "Monarch, Danaus plexippus". Dicapai pada 2008-08-27.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]