Pergi ke kandungan

Kura-kura duri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kura-kura Duri)

Kura-kura duri
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Heosemys
Nama binomial
Heosemys spinosa
(Gray, 1830[1])
Sinonim[3]
  • Emys spinosae Gray, 1830
  • Geoemyda spinosa Gray, 1834
  • Clemmys (Clemmys) spinosa Fitzinger, 1835
  • Heosemys spinosa Stejneger, 1902

Kura-kura duri (Heosemys spinosa),[4] turut dikenali sebagai kura-kura bukit atau kura-kura matahari, ialah sejenis kura-kura yang hidup di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, dan Thailand. Ia hidup di kawasan tanah pamah serta hutan hujan bukit, biasanya berdekatan dengan sungai kecil, khususnya di kawasan-kawasan bukit sehingga 900 meter tingginya.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kura-kura duri adalah tergolong dalam kumpulan haiwan yang dikenali sebagai kura-kura, yang merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang, kelas reptilia. Tubuh kura-kura duri dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka. Kesemua kura-kura, sama ada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Bentuk cangkerangnya yang berduri berfungsi sebagai penghalang daripada sebarang pemangsa seperti ular.[5] Begitulah haiwan ini mendapat nama. Bagaimanapun, lama-kelamaan duri ini akan menghilang dengan peningkatan usia.[6] Jadi cangkerang kura-kura dewasa lebih licin berbanding kura-kura yang muda. Karapasnya berwarna coklat dan terdapat jaluran lunas ditengah-tengah karapas yang berwarna pucat. Manakala kepala dan hujung kaki-kakinya berwarna kelabu-coklat.[7] Plastronnya terdapat garisan-garisan gelap radial pada setiap skutanya.[8]

Profil kura-kura duri
Duri pada sekeliling karapas dan plastron

Permakanan

[sunting | sunting sumber]

Kura-kura duri merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura duri adalah tumbuhan.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai reptilia, kura-kura duri membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya. Apabila tiba musim mengawan, kura-kura jantan dikatakan terangsang apabila terkena air hujan. Termasuklah kura-kura yang dibela. Ia akan mengejar kura-kura betina untuk melakukan proses mengawan. Biasanya satu atau dua biji telur sahaja yang dihasilkan pada waktu malam atau awal pagi.[8] Kura-kura betina bertelur tiga kali setahun. engsel yang ada pada plastron betina memudahkannya untuk bertelur. Rekod menunjukkan penetasan telur berlaku selama sama ada 106,[9] 110[10] atau paling lama 145[11] hari selepas bertelur.

  • "Heosemys spinosa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000. 2000. {{cite journal}}: Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan); Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini terancam.
  1. 1 2 Cota, M.; Guntoro, J.; Horne, B.D.; Kusrini, M.D.; Krishnasamy, K.; Shepherd, C. (2021). "Heosemys spinosa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021 e.T9942A3152508. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-2.RLTS.T9942A3152508.en. Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  2. ↑ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 14 Januari 2022.
  3. ↑ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 224–225. doi:10.3897/vz.57.e30895. ISSN 1864-5755. S2CID 87809001.
  4. ↑ UNDANG-UNDANG
    MALAYSIA
    Akta 686
    AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA
  5. ↑ Asean Review of Biodiversity and Environmental Conservation (ARBEC): Crocodiles and Turtles of Borneo (Jun, 2006) http://www.arbec.com.my/crocodilesturtles/bataguridae/bataguridae_4.php Diarkibkan 2007-11-28 di Wayback Machine
  6. ↑ Ecology Asia (Jun, 2006) http://www.ecologyasia.com/verts/turtles/spiny_terrapin.htm
  7. ↑ The Turtle Puddle (Jun, 2006) http://www.turtlepuddle.org/exotics/H_spinosa.html
  8. 1 2 Turtles of the World (CD-ROM), by Ernst, C.H., Altenburg, R.G.M. and Barbour, R.W. (Jun, 2006) http://nlbif.eti.uva.nl/bis/turtles.php?selected=beschrijving&menuentry=soorten&id=288[pautan mati kekal]
  9. ↑ The Tortoise Reserve (Jun, 2006) http://www.tortoisereserve.org/About/Asian_Turt_Body2.html Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine
  10. ↑ Tryan, B.W. (2004) The Spiny Hill Turtle…redefining cute and cuddly. Wild Wonders (A Publication for Knoxville Zoo Members and Supporters), 0: 9 - . Available at: http://www.knoxville-zoo.org/documents/wildwonders1004.pdf
  11. ↑ EAZA Shellshock Campaign (Jun, 2006) http://www.eaza.net/turtle/download/EN49_p6_10.pdf Diarkibkan 2008-05-17 di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]