Kura-kura Katup Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai Kura-kura Katup Asia dari genus Cuora. Untuk spesies kura-kura katup dari genus Terrapene, sila lihat Kura-kura Katup Amerika.

Kura-kura Katup Asia
Cuora amboinensis.jpg
Cuora amboinensis
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Geoemydidae
Subkeluarga: Geoemydinae
Genus: Cuora
Gray, 1856
Spesies

12

Sinonim
  • Cistoclemmys
  • Pyxiclemmys

Kura-kura Katup Asia adalah kura-kura genus Cuora dari keluarga Geoemydidae. Terdapat 12 spesies.[1] Genus Cuora ini menyebar dari China hingga Indonesia dan Filipina, sepanjang Asia Tenggara hinggalah utara India dan Bhutan.[1]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Spesies Cuora seperti Cuora pani mempunyai tempurung yang rendah, manakala spesies Cuora picturata pula lebih tinggi. Semua spesies Cuora biasanya mempunyai tiga lunas pada karapasnya. Sama ada berwarna merah, kekuningan, coklat, kelabu, dan/atau hitam. Sesetengah spesies mempunyai warna kuning cerah, hitam, oren, atau putih sepanjang lunas-lunas mereka. Warna badan mereka pelbagai dan pekat. Kebanyakan spesies mempunyai garisan berwarna pada kepalanya yang biasanya bertemu di bahagian hidung.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Kura-kura Katup Asia bersifat akuatik dan semi-akuatik, kebanyakannya mendiami kawasan air cetek, sungai atau tasik yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Mereka juga adalah haiwan maserba

Potret kepala pelbagai spesies, subspesies Cuora (dari kiri ke kanan/atas ke bawah):
Cuora amboinensis amboinensis (Sulawesi), Cuora amboinensis kamaroma (Thailand), Cuora amboinensis ssp. (tidak diketahui), Cuora amboinensis ssp. (Philippines); Cuora trifasciata (Guangdong, China), Cuora aurocapitata (Anhui, China), Cuora pani pani (Shaanxi, China), Cuora yunnanensis (Yunnan, China); Cuora cyclornata cyclornata (Annam, tengah Vietnam), Cuora cyclornata meieri (utara Vietnam), Cuora mccordi (Guangxi, China), Cuora zhoui (tidak diketahui); Cuora flavomarginata sinensis (Sichuan, China), Cuora flavomarginata evelynae (Pulau Ryukyu, Japan), Cuora flavomarginata flavomarginata (Taiwan), Cuora picturata (selatan Annam, selatan Vietnam); Cuora galbinifrons galbinifrons (north Vietnam), Cuora galbinifrons galbinifrons (Hainan, China); Cuora bourreti (Annam, tengah Vietnam), Cuora bourreti (Laos); Cuora cyclornata cyclornata × Cuora amboinensis kamaroma kacukan, Cuora cyclornata × Pyxidea mouhotii, Cuora trifasciata × Pyxidea mouhotii, Cuora galbinifrons × Pyxidea mouhotii = "Cuora serrata"

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Senarai berdasarkan nama binomial.[2].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]