Kurt Hamrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kurt Hamrin
Kurt Hamrin (1970).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhKurt Roland Hamrin
Tarikh lahir (1934-11-19) 19 November 1934 (umur 83)
Tempat lahirStockholm, Sweden
Ketinggian1.70 m (5 ka 6+78 in)
Posisi permainanSayap
Kerjaya remaja
1946–1947Huvudsta IS
1947–1948Råsunda IS
1949–1951AIK
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1952–1955AIK62(54)
1956–1957Juventus23(8)
1957–1958Padova30(20)
1958–1967Fiorentina289(150)
1967–1969Milan36(9)
1969–1971Napoli22(3)
1971–1972IFK Stockholm10(5)
Jumlah472(249)
Pasukan kebangsaan
1953–1965Sweden32(17)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Kurt Roland Hamrin (Swedish: [kɵʈ hamˈriːn]; lahir 19 November 1934) merupakan bekas pemain bola sepak Sweden. Beliau kini merupakan penjaring gol kelapan terbanyak di Serie A dengan menjaringkan 190 gol. Hamrin seorang pemain yang pantas, kreatif, berkebolehan untuk menggelecek menggunakan kedua-dua belah kakinya dan beliau turut berbisa di hadapan pintu gol pasukan lawan. Di samping meraih kejayaan di peringkat kelab, Hamrin turut menempuh karier antarabangsa yang cemerlang apabila beliau membantu Sweden untuk mara ke final Piala Dunia 1958 yang berlangsung di negara tanah airnya. Beliau diakui luas sebagai salah satu pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hamrin memulakan kariernya ketika bersama kelab AIK di Sweden apabila beliau sertai kelab tersebut pada musim 1952-53. Seterusnya, beliau melakukan perpindahan ke Juventus pada tahun 1956 dan tampil dalam 23 perlawanan pada musim sulungnya di sana. Pada musim berikutnya, beliau dipinjamkan ke Padova. Beliau menjaringkan 20 gol sepanjang 30 perlawanannya untuk Padova. Beliau memutuskan ingin kekal bersama Padova untuk musim seterusnya namun beliau dijual ke Fiorentina pada tahun 1958 dan beliau kekal bersama kelab berpusat di Florence tersebut hingga tahun 1967. Sepanjang menyarung jersi Fiorentina, beliau telah beraksi dalam 289 perlawanan Serie A dan menjaringkan 150 gol. Beliau turut menjuarai Coppa Italia pada tahun 1961 dan 1966. Hamrin diakui salah satu pemain Fiorentina terhebat. Beliau kemudian menyertai kelab A.C. Milan pAda 1967 dan kekal selama dua musim. Bersama Milan, beliau meraih "Scudetto" pada tahun 1968. Selain itu, Hamrin menjaringkan kedua-dua gol Milan pada perlawanan akhir Piala Pemenang Eropah 1968 menentang Hamburg. Kelab Itali terakhir yang disertai Hamrin merupakan Napoli selepas beliau berpindah dari Milan pada tahun 1969. Pada tahun 1971, beliau beraksi selama satu musim untuk kelab IFK Stockholm sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 1972.

Hamrin telah beraksi sebanyak 32 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Sweden antara tahun 1953 dan 1965 antara tahun 1953 dan 1965 di samping beliau telah meledak 17 gol antarabangsa. Ramai orang Sweden masih mengingati jaringan gol Hamrin pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1958 menentang Jerman Barat. Keputusannya Sweden menang 3-1 dan pasukan Hamrin mara ke perlawanan akhir menentang Brazil.

Selepas bersara, Harmin berpindah dan menetap di Florence bersama keluarganya hingga saat kini. Beliau pernah bekerja sebagai pencari bakat AC Milan dari tahun 1998 to 2008.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sweden AIK 1951–52 1 0 1 0
1952–53 6 4 6 4
1953–54 22 15 22 15
1954–55 22 22 22 22
1955–56 12 13 12 13
Jumlah 63 54 63 54
Itali Juventus 1956-57 23 8 23 8
Itali Padova 1957-58 30 20 2 0 32 20
Itali Fiorentina 1957–58 3 3 3 3
1958–59 32 26 2 0 2 4 36 30
1959–60 34 26 4 2 4 2 42 30
1960–61 31 14 3 0 6 6 40 20
1961–62 32 15 2 1 7 6 6 8 48 30
1962–63 31 14 1 0 32 14
1963–64 33 19 5 4 3 5 41 28
1964–65 34 8 1 0 2 1 2 1 39 10
1965–66 30 12 4 5 4 3 2 1 40 21
1966–67 32 16 1 0 2 0 6 6 41 22
Jumlah 289 151 27 15 21 16 25 27 362 208
Itali Milan 1967–68 23 8 8 2 8 4 39 14
1968–69 13 1 3 1 6 1 22 3
Jumlah 36 9 11 3 14 5 61 17
Itali Napoli 1969–70 5 1 1 0 5 2 11 3
1970–71 17 2 6 0 23 2
Jumlah 22 3 6 0 1 0 5 2 34 5
Jumlah kerjaya 463 244 46 18 36 21 30 29 575 312

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Sweden
Tahun Kmncln Gol
1953 3 1
1954 8 4
1955 9 4
1956 0 0
1957 0 0
1958 5 4
1959 0 0
1960 0 0
1961 0 0
1962 1 0
1963 1 0
1964 3 3
1965 2 0
Jumlah 32 16

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hamrin meraikan jaringan golnya saat mewakili pasukan kebangsaan Sweden menentang Jerman Barat pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 1958.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Fiorentina
Milan

Individu[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA XI´s Matches – Full Info". RSSSF. Dicapai 17 March 2016. 
  2. ^ "UEFA President attends Swedish awards". uefa.com. UEFA. 14 March 2016. Dicapai 10 May 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]