Kurt Student

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kurt Student
General der Fallschirmtruppe Kurt Student
Kelahiran12 May 1890
Birkholz, Brandenburg, Empayar Jerman
Meninggal dunia1 July 1978 (aged 88)
Lemgo, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat
Kesetiaan
PerkhidmatanTentera Darat Imperial Jerman
Reichswehr
Luftwaffe
Tahun perkhidmatan1910–1945
Pangkat Generaloberst
ArahanDivisyen 7 Udara
Kor XI Udara
Tentera Darat 1 Para
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahDarjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Knight Cross berserta Daun Oak

Kurt Student (12 Mei 1890 – 1 Julai 1978) adalah seorang pemimpin Askar Payung Terjun Jerman semasa Perang Dunia II. Kurt Student dilahirkan di Birkhonz, Jerman pada 12 Mei 1890. dia menyertai Tentera Darat Imperial Jerman dan ditauliahkan sebagai pegawai dalam tahun 1912. Dalam tahun 1913, dia berpindah khidmat ke Perkhidmatan Udara Tentera Jerman dan menerbangkan pesawat peninjau dan pesawat pengebom.

Selepas tamat Perang Dunia I, Kurt student terus berkhidmat dalam pasukan tentera. Dia menjadi salah seorang penasihat utama pembangunan semula Tentera Udara Jerman. Dalam tahun 1938, Kurt Student dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral dan diberikan tanggungjawab menubuhkan pasukan askar payung terjun. Pasukan Divisyen Ke-7 Payung Terjun tidak digunakan dalam tahun 1939 semasa penaklukan Poland kerana Adolf Hitler mahu merahsiakan kewujudan pasukan tersebut sehingga serangan ke atas negara-negara Barat.

Askar payung terjun pimpinan Kurt Student digunakan dengan berkesan dan mencapai kejayaan cemerlang dalam penaklukan Norway, Belgium dan negeri Belanda. 4,000 orang askar payung terjun digugurkan ke atas The Hague dan Rotterdam. Semasa operasi ini, Kurt Student terkena tembakan di kepala dan tidak dapat bertugas sehingga bulan Januari 1941.

Kurt Student bersama-sama Adolf Hitler membuat perancangan Operasi Sealion untuk menakluk Britain, tetapi akhirnya perancangan menggunakan askar payung terjun untuk penaklukan Britain dibatalkan. Rancangan untuk penaklukan Gibraltar menggunakan askar payung terjun juga dibatalkan setelah Jerman gagal mendapatkan kebenaran General Francisco Franco untuk pesawat pengangkut Jerman terbang melalui ruang udara Sepanyol.

Penaklukan Crete di antara 20 Mei dan 1 Jun 1941 mencapai kejayaan tetapi melibatkan kerugian nyawa yang besar. Lebih dari 4,000 orang askar payung terjun Jerman terbunuh, Adolf Hitler terkejut dengan kos nyawa yang tinggi dan memutuskan bahawa operasi askar payung terjun pada skala besar mesti dihentikan. Penaklukan Malta dibatalkan. Askar-askar payung terjun digunakan sebagai pasukan infantri biasa. Dalam tahun 1943, Kurt Student merancangkan ‘’Unternehmen Eiche’’, serangan mengejut untuk menyelamatkan Benito Mussolini dengan pasukan yang diketuai Otto Skorzeny.

Askar payung terjun di bawah perintah Kurt Student digunakan sebagai infantri biasa di Itali, Belgium, Perancis dan Negeri Belanda. Selepas D-Day, askar payung terjun berusaha menghalang kemaraan tentera pimpinan Fil Marsyal Bernard Montgomery menuju ke Sungai Rhine. Kurt Student sendiri ditawan oleh askar Tentera British di Schleswig-Holstein dalam bulan April 1945. Selepas perang, Kurt Student didakwa atas tuduhan jenayah perang atas perlakuan askarnya di Crete dan dipenjarakan untuk tempoh 5 tahun. Tetapi dia dibebaskan selepas dua tahun dalam tahanan. Dia dibebaskan dalam tahun 1948.

Kurt Student meninggal dunia dalam tahun 1978.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Franks, Norman; Bailey, Frank W.; Guest, Russell. Above the Lines: The Aces and Fighter Units of the German Air Service, Naval Air Service and Flanders Marine Corps, 1914–1918. Grub Street, 1993. ISBN 0-948817-73-9, ISBN 978-0-948817-73-1.
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Kemp, Anthony (1990 reprint). German Commanders of World War II (#124 Men-At-Arms series). Osprey Pub., London. ISBN 0-85045-433-6.
  • Kurowski, Franz (1995). Knights of the Wehrmacht Knight's Cross Holders of the Fallschirmjäger. Atglen, PA: Schiffer Military. ISBN 978-0-88740-749-9.
  • Schaulen, Fritjof (2005). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe III Radusch – Zwernemann (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-22-5. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • VanWyngarden, Greg, et al. (2006) Early German Aces of World War I. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-997-5, ISBN 978-1-84176-997-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima 7. Flieger-Division
1 September 1938 – 16 Mei 1940
Diikuti oleh:
Generalleutnant Richard Putzier
Didahului oleh
tiada
Panglima XI. Fliegerkorps
19 Disember 1940 – 3 April 1944
disusun semula sebagai 1. Fallschirmarmee
XI. Fliegerkorps Panglima 1. Fallschirmarmee
4 September 1944 – 18 November 1944
Diikuti oleh:
General der Fallschirmtruppen Alfred Schlemm
Didahului oleh
tiada
Panglima Kumpulan Tentera Darat H
11 November 1944 – 28 Januari 1945
Diikuti oleh:
Generaloberst Johannes Blaskowitz
Didahului oleh
General der Infanterie Gunther Blumentritt
Panglima 1. Fallschirmarmee
10 April 1945 – 28 April 1945
Diikuti oleh:
General der Infanterie Erich Straube