Kurt Zouma
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Kurt Happy najib razak Zouma[1] | ||
Tarikh lahir | 27 Oktober 1994 | ||
Tempat lahir | Lyon, Perancis | ||
Ketinggian | 1.90 m (6 ka 2 13⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Chelsea | ||
Nombor | 15 | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2009 | Vaulx-en-Velin | ||
2009–2011 | Saint-Étienne | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011–2013 | Saint-Étienne B | 10 | (2) |
2011–2014 | Saint-Étienne | 51 | (4) |
2014– | Chelsea | 99 | (6) |
2014 | → Saint-Étienne (pinjam) | 12 | (0) |
2017–2018 | → Stoke City (pinjam) | 34 | (1) |
2018–2019 | → Everton (pinjam) | 32 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2010 | Perancis B16 | 6 | (0) |
2010–2011 | Perancis B17 | 17 | (1) |
2012 | Perancis B19 | 1 | (0) |
2013– | Perancis B20 | 9 | (1) |
2013– | Perancis B21 | 7 | (1) |
2015– | Perancis | 8 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Mei 2021 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mac 2021 |
Kurt Happy Zouma (lahir 27 Oktober 1994) merupakan pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai pertahanan tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Perancis.
Karier kelab[sunting | sunting sumber]
Saint-Étienne[sunting | sunting sumber]
Dilahirkan di Lyon, Zouma telah bermain untuk Saint-Étienne sejak tahun 2009. Pada 2 April 2011, Zouma menandatangani kontrak professional pertamanya dan bersetuju dengan perjanjian tiga tahun.[2] Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke pasukan senior oleh pengurus, Christophe Galtier menjelang musim 2011-12. Zouma membuat penampilan professional pertamanya pada 31 Ogos 2011 ketika perlawanan Coupe de la Ligue menentang Bordeaux. Beliau bermain keseluruhan perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3–1 kelabnya.[3]
Pada 7 November 2013, Zouma telah digantung was 10 perlawanan seleps kekasaran ke atas pemain Sochaux, Thomas Guerbert yang menyebabkan kaki kanannya patah dan buku lalinya terkehel.[4]
Chelsea[sunting | sunting sumber]
Pada 31 Januari 2014, Zouma menyertai Chelsea dengan yuran dipercayai sekitar £12 juta (€14.6 juta). Beliu kekal di Saint-Étienne secara pinjaman untuk baki musim 2013–14.
Zouma pertama kali bermain untuk Chelsea sebagai pemain pertukaran ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Wycombe Wanderers. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika perlawanan persahabatan menentang Olimpija yang berakhir dengan kemenangan 2–1, pada 27 Julai 2014.[5] Beliau telah diberi jersi nombor 5, yang sebelum ini dipakai oleh Michael Essien.[6]
Pada 24 September, Zouma membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Chelsea, ketika kemenangan 2–1 menentang Bolton Wanderers semasa pusingan ketiga Piala Liga.[7]
Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Zouma merupakan pemain antarabangsa belia Perancis. Beliau telah mewakili negaranya untuk pasukan bawah-16 dan bawah-17. Beliau bermain untuk pasukan bawah-17 ketika Kejohanan Eropah B-17 UEFA 2011 dan Piala Dunia B-17 FIFA 2011. Pengurus Perancis, Didier Deschamps menyatakan dalam satu temu bual pada bulan April 2013 yang beliau melihat Zouma sebagai berpotensi untuk menjadi kapten pasukan Perancis pada masa hadapan.
Kejayaan[sunting | sunting sumber]
Kelab[sunting | sunting sumber]
Saint-Étienne
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Zouma mempunyai seorang abang, Lionel, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak professional.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-16. Dicapai pada 9 February 2014.
- ^ "Kurt Zouma signe pro à Saint-Etienne". Foot Transferts (dalam bahasa French). 2 April 2011. Dicapai pada 31 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Saint-Étienne v. Bordeaux Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 31 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-16. Dicapai pada 31 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ http://www.goal.com/en/news/90/france/2013/11/07/4391643/zouma-given-10-match-ban-following-horror-tackle
- ^ "Match report: NK Olimpija Ljubljana 1 Chelsea 2". Chelsea.com. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
- ^ "Squad number changes". Chelsea F.C. Dicapai pada 15 August 2014.
- ^ "Chelsea 2-1 Bolton". BBC Sport. 24 September 2014. Dicapai pada 24 September 2014.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Profil Saint-Étienne
- Kurt Zouma – Rekod persaingan FIFA
- Profil ESPN
- Statistik karier Kurt Zouma di Soccerway