Kwak Dong-yeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kwak Dong-yeon
in November 2019
Kelahiran (1997-03-19) 19 Mac 1997 (umur 27)
WarganegaraKorea Selatan
PekerjaanPelakon, pemuzik
Tahun aktif2012–kini
EjenFNC Entertainment
Korean name
Hangul곽동연
Perumian SemakanGwak Dongyeon
McCune–ReischauerKwak Dongyŏn

Kwak Dong-yeon (곽동연; dilahirkan pada 19 Mac 1997), ialah seorang pelakon dan pemuzik lelaki Korea Selatan. Dia paling dikenali dengan watak sampingannya dalam drama 2012, My Husband Got a Family yang dengannya dia mendapat Anugerah Pelakon Muda Terbaik di Korea Drama Awards. Dia memegang watak muda untuk Shin Jungtae dalam Inspiring Generation (2014) dan membintangi drama-drama seperti Adolescence Medley (2013) dan Modern Farmer (2014). Pada 2016, dia tampil dalam drama sejarah Love in the Moonlight.

Kwak juga seorang anggota band Kokoma dan menjadi pemain utama gitar.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kwak dilahirkan pada 19 Mac 1997. Dia tinggal di Daejeon bersama ibu bapanya dan seorang kakak. Kemudian, pada usia 13 tahun dia berpindah ke Seoul bersendirian untuk mengejar cita-citanya sebagai artis. Sejak 2010, Kwak mempelajari muzik di FNC Academy bersama-sama pelakon Song Se-hyun dan anggota-anggota N.Flying dan AOA. Walaupun pada mulanya dia mempelajari gitar dan gitar bass, dia kemudiannya mula mengambil pelajaran dalam lakonan.

Pada 26 Februari 2014, tidak lama selepas Kwak menyempurnakan promosi dramanya, Inspiring Generation, ibunya meninggal dunia setelah menderita suatu penyakit.[1]

Pada 8 Februari 2013, dia menamatkan pengajian daripada Munrae Junior High School, Yeongdeungpo, Seoul.[2] He graduated from School of Performing Arts Seoul.[3][4] Sejak awal 2014, dia tinggal bersendirian, selepas dia tinggal di asrama pelatih selama empat tahun.[5]

Karier[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Kwak membuat debut lakonannya pada 2012, dengan muncul sebagai Bang Janggon dalam siri TV KBS, My Husband Got a Family. Drama itu sentiasa menduduki tempat pertama, mencecah rating penonton sebanyak 49.6%.[6] Sebagai mengiktiraf hasil usahanya, Kwak dijulang sebagai Pelakon Muda Terbaik di Korea Drama Awards 2012.[7][8]

Pada April 2013, Kwak muncul sebagai Putera Dongpyung semasa muda dalam drama sejarah SBS, Jang Ok-jung, Living by Love.[9] Pada bulan berikutnya, dia muncul sebagai Choi Jeongwoo dalam Drama Special KBS, Adolescence Medley.[10] Drama itu dijulang dengan anugerah Program Terbaik Bulan itu daripada Korea Communications Standards Commission.[11]

Pada September 2013, Kwak mula bekerja bagi drama KBS, Inspiring Generation.[12][13] Dia melakonkan watak Shin Jungtae semasa muda dalam empat episod pertama drama itu, manakala penampilan seterusnya watak dewasanya dilakonkan oleh Kim Hyun-joong. Drama itu pada asalnya dijadualkan ke udara pada November 2013, tetapi akibat penggambaran luar negara yang besar-besaran, siri itu ditangguhkan kepada Januari 2014. Menerusi kerjanya dalam siri ini, Kwak mendapat peluang pertamanya untuk menjalani penggambaran di China.[14][15][16]

Pada 19 Mac 2014, dia mendapat watak utama dalam Drama Special KBS, Middle School Girl A yang ditayangkan pada 6 April 2014. Dia melakonkan watak Lee Haejoon, seorang pelajar perpindahan yang pintar yang dibuli di sekolah barunya.[17]

Pada akhir Ogos 2014, Kwak mula bekerja dalam drama hujung minggu SBS, Modern Farmer. Dia melakonkan watak Han Kijoon, seorang pemain dram sebuah band rock yang bernama Excellent Souls, yang kemudiannya berpindah ke sebuah kampung untuk bertani. Drama itu pertama kali ke udara pada 18 Oktober 2014.[18][19]

Pada 27 Ogos 2014 diumumkan di Twitter rasmi FNC Entertainment bahawa Kwak akan membuat debut layar lebarnya menerusi movie Time Renegades (hangul: 시간이탈자). Dia melakonkan watak Seungbum.[20] Movie itu adalah tentang seorang lelaki pada masa hadapan dan seorang lelaki pada masa lampau yang bersaing demi seorang wanita yang sama. Ia ditayangkan pada 2015.[21] Akhirnya, Kwak digugurkan dari Time Renegades dan digantikan dengan Lee Min-ho.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Popular dianggap sebagai pelakon, dia juga dikenali dengan latar belakang muziknya dan keanggotaan dalam Kokoma Band (꼬꼬마 밴드), yang diuruskan FNC Entertainment.

Khalayak umum diperkenalkan dengan bakat muziknya menerusi sumbanga nyanyiannya bagi OST drama My Husband Got a Family, "Ce Song" bersama Yoo Jun-sang dan ayahnya pada pentas, Kim Sang-ho.[22] Pada November 2012, dia menyanyikan "Fool" bersama rakan penyanyi selabel, Juniel, di parti perkahwinan Kim Youngsan, Pengarah Jabatan Hiburan FNC.[23] Dalam drama Adolescence Medley dia juga merakam lagu Kim Kwang-seok, "Be Forgotten" dan lagu Lee Juck, "Running in The Sky".[24][25]

Identiti Kwak sebagai pelatih penyanyi didedahkan melalui penampilannya dalam rancangan realiti TV tvN, Cheongdam-dong 111.[26] Dia adalah pemain gitar utama Kokoma Band (꼬꼬마 밴드). Nama band itu bermaksud "band budak-budak kecil". Di samping Kwak sebagai pemain gitar utama, anggota-anggota lain band itu ialah Oh Hee-joon (kini menjadi anggota KNK) sebagai vokalis dan pemain gitar, Lee Hwee-chan sebagai pemain dram dan Seo Dong-sung (kini menjadi sebahagian daripada NEOZ Band) sebagai pemain gitar bass. Band itu ditubuhkan tiga bulan sebelum penggambaran Cheongdam-dong 111. Sebagai menti CNBLUE, Kokoma Band memenangi pertarungan pelatih ke atas menti F.T. Island.[27] For the battle, they performed "Ob-La-Di, Ob-La-Da" by The Beatles.[28]

Pada 16 September 2014, Kwak sekali lagi berkolaborasi dengan Juniel untuk merakam lagu daripada sountrak movie Begin Again, '"Lost Star" yang dimuatnaik ke dalam akaun rasmi Youtube Juniel.[29]

Rancangan aneka ragam[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 2014, Kwak menjadi tetamu dalam Golden Fishery's Radio Star MBC bersama-sama pelakon-pelakon kanak-kanak yang lain. [30] Menerusi rancangan ini, Kwak menjadi hit 10 teratas carian dalam talian Daum 12 kali dalam masa dua hari disebabkan persembahan mengagumkannya yang merakam J-Rabit "요즘 너 말야" (dibaca: yeo-jeum-neo-mar-ya, terjemahan harfiah: About You, These Days). Rancangan itu juga mendedahkan tentang dirinya yang tinggal bersendirian, yang membawanya menjadi tetamu dalam satu lagi rancangan aneka ragam MBC, I Live Alone pada awal Ogos dan September 2014.[31]

Kwak juga menjadi tetamu dalam episod 210 Running Man sebagai penyokong bagi wakil pasukan FNC Entertainment bersama Ji Suk-jin. Pada 23 Ogos dia menjalani penggambaran Sleeping With Boss jTBC sambil melakukan Ice Bucket Challenge ALSnya.[32] The Show later aired on 26 September.

Pada 12 Januari 2015, diumumkan bahawa Kwak menyertai rancangan aneka ragam baru MBC, Animals. Episod pertama ke udara pada 25 Januari. Ia adalah rancangan aneka ragam pertama yang Kwak sertai sebagai anggota tetap.[33]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2017 Admiral Kim Chang-soo

Drama Web[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Drama Watak Saluran
2015 Suck It Up Park Geon (박건) NAVER tvcast

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Drama Watak Saluran
2012 My Husband Got a Family (넝쿨째 굴러온 당신) Bang Janggoon (방장군) KBS
2013 Jang Ok-jung, Living by Love (장옥정, 사랑에 살다) young Prince Dongpyeong (동평군) SBS
Adolescence Medley (사춘기 메들리) Choi Jeongwoo (최정우) KBS
2014 Inspiring Generation (감격시대) young Shin Jungtae (신정태) KBS
Drama Special "Middle School Student A" (중학생 A양) Lee Haejoon (이해준) KBS
Modern Farmer (모던파머) Han Kijoon (한기준) SBS
2015 Splendid Politics (화정) Yi Uirip (이의립) MBC
Drama Special "Avici" (아비) Ji Sun-Woo (지선우) KBS
2016 Please Come Back, Mister (돌아와요 아저씨) Young Han Gi-tak SBS
Puck! SBS
Pied Piper (피리부는 사나이) Jung In tvN
Love in the Moonlight (구르미 그린 달빛) Kim Byung-yeon KBS2

Rancangan aneka ragam[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Saluran Catatan
2012 Gag Concert (개그콘서트) [34] KBS episode 30 September 2012
2013–2014 Cheongdam-dong 111 (청담동 111) tvN episode 1–3, 7
2014 Golden Fishery Radio Star (라디오 스타) [35] MBC episode "Adults Don't Know" With Kim Yoo-jung, No Tae-yeop and Kim Dong-hyun
2014 I Live Alone (나혼자 산다) [36] MBC episode 15 August 2014, 12 September 2014, 21 November 2014
Running Man (런닝맨) [37] SBS episode 210
Sleeping with Boss (보스와의 동침) [38] jTBC episode 6 (FNC Entertainment's boss, Han Sung-ho) together with Juniel, AOA, Song Seung-hyun, Lee Jong-hyun, Kang Min-hyuk, Lee Hong-ki, and actor Sung Hyuk
2015 Animals (애니멀즈) [39] MBC regular cast member
2016 Happy Together KBS episode 472 "Love in the Moonlight" Special
2016 I Live Alone (나혼자 산다) [40] MBC episode 181 November 2016 Park Jin-joo episode, with Lee Si-eon

Penampilan Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Artis
2012 "Ce Song" from My Husband Got a Family (넝쿨째 굴러온 당신 OST Pt.2) [22] Yoo Jun-sang ft. Kwak Dong-yeon, Kim Sang-ho
2013 "Stargirl 2013"[41][42] Bulldog Mansion
"Be Forgotten" (KBS 드라마스페셜 사춘기메들리 M/V [곽동연 : 잊혀지는 것])[24] sung by Kwak Dong-yeon (original singer: Kim Kwang-seok)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2012 5th Korea Drama Awards Best Young Actor [43] My Husband Got a Family Menang
KBS Drama Awards Best Young Actor [44] Tercalon
2014 16th Seoul International Youth Film Festival Best Young Actor [45] Inspiring Generation Tercalon
KBS Drama Awards Best Young Actor [46][47] Inspiring Generation, Middle School Student A Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://starin.edaily.co.kr/news/NewsRead.edy?SCD=EA31&newsid=01787606605994456&DCD=A10102
  2. ^ "[포토엔]고등학생 올라가는 장군이 곽동연 '키가 많이 컸네' – 중앙일보 연예". Article.joins.com. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  3. ^ ko:곽동연#.ED.95.99.EB.A0.A5
  4. ^ "서울공연예술고등학교 입학식 축하 영상 씨엔블루". YouTube. 22 Disember 2013. Dicapai pada 28 Jun 2014.
  5. ^ http://www.imbc.com/broad/tv/ent/singlelife/clip/?list_id=5968764
  6. ^ 입력: 2012년 09월 10일 19:57:28. "49.6% '넝굴당' 2012년 드라마사에 한 획을 그었다 – 스포츠경향 – 生生 스포츠". Sports.khan.co.kr. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  7. ^ "FNC Entertainment". Fncent.com. 19 Mac 1997. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  8. ^ "Kwak Dong Yeon garners the Best Young Actor award". En.starnnews.com. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  9. ^ "창간 69주년 큰 눈! 큰 생각! 큰 신문!". Kyeongin.com. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  10. ^ "사춘기메들리 | KBS Home | KBS 2TV". Kbs.co.kr. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  11. ^ 드라마스페셜 '사춘기 메들리', 이달의 좋은 프로그램상 수상 : 네이트 뉴스 (dalam bahasa Korea). News.nate.com. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  12. ^ "장군이 곽동연 '감격시대' 캐스팅, 김현중 어린시절 연기한다 – 중앙일보 연예". Article.joins.com. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  13. ^ "장군이 곽동연 '감격시대' 캐스팅, 김현중 어린시절 연기한다 – 손에 잡히는 뉴스 눈에 보이는 뉴스 – 뉴스엔". Newsen.com. 10 September 2013. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  14. ^ "'감격시대' 김현중 아역, 사진 속 곽동연…"김현중과 똑같아" : 뉴스 : 동아닷컴". News.donga.com. 16 Januari 2014. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  15. ^ "FNC's Kwak Dong Yeon to Act as Young Kim Hyun Joong on 'The Age of Feeling'". 15 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  16. ^ "'감격시대' 김현중 아역 누구?…곽동연 관심 집중 : 뉴스 : 스포츠동아". Sports.donga.com. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  17. ^ "와우스타". Wowstar.wowtv.co.kr. 24 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2014. Dicapai pada 28 Jun 2014.
  18. ^ "'이홍기-이하늬 등 한자리에…' 모던파머 대본리딩 현장".
  19. ^ http://www.soompi.com/2014/09/15/modern-farmer-makers-releases-stills-of-excellent-souls-rockers/
  20. ^ http://osen.mt.co.kr/article/G1109939655
  21. ^ http://www.kpopstarz.com/articles/107011/20140829/kwak-dong-yeon-to-debut-with-one-who-displaces-in-time.htm?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
  22. ^ a b "Yu Jun Sang(유준상) _ Ce Song (My Husband Got a Family넝쿨째 굴러온 당신 OST Pt.2)". 1theK (formerly known as LEON MUSIC) at YouTube. 26 Julai 2013. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  23. ^ "Juniel & Kwak Dongyeon Fool duet at a wedding". YouTube. 5 November 2012. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  24. ^ a b "KBS 드라마스페셜 사춘기메들리 M/V [곽동연 : 잊혀지는 것 ]". KBSDrama at YouTube. 4 Julai 2013. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  25. ^ "KBS 드라마 스페셜 4부작 [사춘기 메들리] – 곽동연, 하늘을 달리다". YouTube. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  26. ^ starsung (12 November 2013). "FNC Entertainment to air own tvN reality show 'Cheongdamdong 111'". allkpop.com. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  27. ^ "'청담111' 씨엔블루, 달라진 연습생들 무대보고 '만족'". Star.fnnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2014. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  28. ^ "소속사대표 "이홍기 외모 형편없었다" 독설 – 손에 잡히는 뉴스 눈에 보이는 뉴스 – 뉴스엔". Newsen.com. 6 Disember 2013. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  29. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2014. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  30. ^ "곽동연, 김소현과 전화 연결 성공..과거 이상형 언급 새삼 화제 - 한국경제TV". Wowtv.
  31. ^ "'나혼자산다' 곽동연, 반지하지만 꿋꿋... 어른못지않은 인생사". Moneyweek.
  32. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  33. ^ http://www.soompi.com/2015/01/12/m-i-bs-kangnam-jo-jae-yoon-and-kwak-dong-yeon-join-mbcs-animals/
  34. ^ "KBS TV 튚종". Kbs.co.kr. 1 Oktober 2012. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  35. ^ http://www.dkpopnews.net/2014/06/child-stars-kim-yoo-jung-kim-dong-hyun.html
  36. ^ http://tvdaily.asiae.co.kr/read.php3?aid=1408148409747841019
  37. ^ "'런닝맨' 씨엔블루·선미·곽동연 등 70인 ★응원단 총출동 엑스포츠뉴스". xportnews.
  38. ^ http://news.tf.co.kr/read/entertain/1417937.htm
  39. ^ http://www.soompi.com/2015/01/12/m-i-bs-kangnam-jo-jae-yoon-and-kwak-dong-yeon-join-mbcs-animals/#.VLxphE4115I.twitter
  40. ^ http://tvdaily.asiae.co.kr/read.php3?aid=1408148409747841019
  41. ^ "Bulldog Mansion – Stargirl (2013 Ver.) / Drama Special 'Puberty Medley' OST [K-Pop Hot Clip". KBS World TV at YouTube. 25 Julai 2013. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  42. ^ "KBS 사춘기메들리 제작발표회 _ 이한철 & 곽동연 듀엣공연". YouTube. 8 Julai 2013. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  43. ^ "Kwak Dong Yeon garners the Best Young Actor award". En.starnnews.com. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  44. ^ "2012 KBS Drama Awards". AsianWiki. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  45. ^ "http://onehallyu.com/topic/89919-yoona-suzy-infinites-l-sungyeol-woohyun-exo-do-are-nominated-in-seoul-international-youth-film-festival/". 3 Ogos 2014. External link in |title= (bantuan)
  46. ^ http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=106&oid=009&aid=0003386577
  47. ^ http://www.soompi.com/2014/12/31/the-winners-of-the-2014-kbs-drama-awards/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:FNC Entertainment Templat:CJ E&M Music and Live