Kylie Verzosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kylie Verzosa
Kylie Verzosa by Jopet Sy.jpg
Verzosa pada 2018.
Kelahiran
Kylie Fausto Verzosa

(1992-02-07) 7 Februari 1992 (umur 29)
Pusat pendidikanUniversiti Ateneo de Manila
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)[1]
PangkatBinibining Pilipinas - International 2016
Miss International 2016
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataCoklat
Pertandingan
utama
Binibining Pilipinas 2015
(Top 15)
Binibining Pilipinas 2016
(Binibining Pilipinas International 2016)
Miss International 2016
(Juara)

Kylie Fausto Verzosa (lahir 7 Februari 1992) ialah seorang model dan ratu kecantikan Filipina. Beliau mewakili negaranya dan berjaya sebagai juara Miss International 2016 selepas menjuarai Binibining Pilipinas 2016 sebagai Binibining Pilipinas - International 2016.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Verzosa dilahirkan di Bandar Raya Baguio, Filipina. Beliau merupakan lulusan di Universiti Ateneo de Manila dengan ijazah sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan, dan pernah bekerja sebagai guru pra-sekolah.

Beliau juga ialah ahli pengurusan pemodelan Professional Models Association of the Philippines.[2]

Pertandingan kecantikan[sunting | sunting sumber]

Verzosa dalam sesi fotografi pada 2018.

Binibining Pilipinas[sunting | sunting sumber]

Verzosa pertama kali muncul di pertandingan kecantikan kebangsaan Filipina, Binibining Pilipinas pada 2015, di mana beliau menempati kedudukan 15 teratas. Pada tahun 2016, beliau kembali bersaing dan meraih gelaran Binibining Pilipinas International 2016 yang akan membawanya mewakili Filipina di Miss International 2016.

Miss International 2016[sunting | sunting sumber]

Verzosa mewakili Filipina di pertandingan Miss International 2016 di mana beliau berjaya menggungguli 68 peserta lainnya, setelah dinobatkan oleh Edymar Martínez, Miss International 2015 dari Venezuela.

Sepanjang tempoh sebagai Miss International, Verzosa telah mengunjungi negara-negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, Myanmar, Paraguay, Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia dan beberapa bandar di Jepun dan negaranya, Filipina.

Pada 14 November 2017, beliau menobatkan Kevin Lilliana dari Indonesia sebagai juara Miss International 2017, dan jumlah tempoh khidmat Kylie ialah selama 1 tahun, 2 minggu 4 hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kylie Verzosa". Professional Models Association of the Philippines. Dicapai pada 13 May 2015.
  2. ^ "8 fun facts: Bb Pilipinas International 2016 Kylie Verzosa". Rappler. Dicapai pada 2016-04-30.
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Janicel Lubina
Binibining Pilipinas International
2016
Diikuti oleh:
Mariel de Leon
Didahului oleh
Venezuela Edymar Martínez
Miss International
2016
Diikuti oleh:
Indonesia Kevin Lilliana