Lúnyǔ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Selembar halaman daripada bab ketiga dalam jilid kedua kitab Lunyu.

Lúnyǔ (Aksara Cina: 論語 ; bahasa Cina Lama: *[r]u[n] ŋ(r)aʔ; "Rampai Sari", "Kata Mutiara" atau "Analek" - nama bahasa Inggeris: Analects[1] atau Analects of Confucius) ialah suatu buku yang menghimpunkan kata dan buah fikiran yang dipetik hasil perbualan Kongzi, seorang pemikir bangsa Tionghua serta rakan sefahaman pada zamannya. Pembukuan kandungan buku ini dipercayai berlaku pada Zaman Negeri-Negeri Berperang (475–221 SM) sehingga dimutakhirkan pada pertengahan zaman dinasti Han (206 SM–220 TM).

Semasa lewat Dinasti Song (960-1279), karya ini semakin dilihat sebagai suatu mahakarya falsafah, dan ia diiktiraf sebagai salah satu "Empat Kitab" yang penting dalam ajaran bawaan Kongzi dan para pelajarnya. Buku ini telah menjadi salah satu buku pemikiran yang paling banyak dibaca dan dipelajari di China selama 2,000 tahun yang lalu, dan terus mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran dan nilai-nilai Cina dan Asia Timur pada hari ini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Bab-bab 3 hingga 9 ditulis terdahulu.[2]

Bil Tajuk hanzi Tajuk pinyin Catatan
1. 學而 Xue Er
2. 為政 Wèi zhèng
3. 八佾 Bā yi
4. 里仁 Lī rén
5. 公冶長 Gōngye chāng Bab ini dihimpunkan para pengikut Zigong, pelajar Kongzi.[3] Gongye Chang merupakan menantu Kongzi.[4]
6. 雍也 Yong yě Yong merujuk kepada Ran Yong, seorang pelajar Kongzi.
7. 述而 Shū ér
8. 泰伯 Tàibó Wu Taibo pengasas negeri Wu, putera sulung Raja Tai dan mamanda Raja Wen dari dinasti Zhou.
9. 子罕 Zì hán
10. 鄉黨 Xiáng Dāng "xiáng" merujuk kepada 12,500 buah sebilangan keluarga manakala "dāng" merujuk kepada sebilangan 500 buah keluarga.
11. 先進 Xiān jīn Bab ini dihimpunkan para pengikut Min Sun (Min Ziqian), pelajar Kongzi.[3]
12. 顏淵 Yán yuán Yan merujuk kepada Yan Hui, pelajar kesukaan Kongzi
13. 子路 Zǐlù Zilu seorang pelajar Kongzi yang menjadi tumpuan bab ini.
14. 憲問 Xiàn wèn Bab ini dihimpunkan para pengikut Yuan Xian (juga dikenali dengan nama Yuan Si atau Zi Si), pelajar Kongzi.[3]
15. 衛靈公 Wèilíng gōng Wei Ling memerintah negeri Wei dari 534 hingga 493 SM.
16. Ji Shi 季氏 Jí shí Ji merujuk kepada salah satu tokoh penting dalam keluarga puak-puak Lu, Jisun.
17. 陽貨 Yáng huó Yang merupakan seorang pegawai penting dalam puak Lu.
18. 微子 Wēi zǐ Weizi kakanda ipar Raja Zhou, penguasa terakhir dinasti Shang dan pengasas negeri Song.
19. 子張 Zǐzhāng Zizhang nama seorang pelajar Kongzi. Keseluruhan bab ini menampilkan kata-kata para pengikut Kongzi.[2]
20. 堯曰 Yáo yué "Yao" merujuk kepada Maharaja Yao, salah satu penguasa terhebat tamadun Tionghua lama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""analects" - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 14 Mei 2019. 
  2. ^ a b Waley 21
  3. ^ a b c Legge 16
  4. ^ Legge 119

Sumber utama dirujuk

  • Legge, James (2009). Prolegomena. The Confucian Analects, The Great Learning, and The Doctrine of the Mean. Bandar Raya New York: Cosimo. ISBN 978-1-60520-644-8. Dicapai 28 Jun 2012. 
  • Waley, Arthur. "Terms". In ''The Analects of Confucius''. Trans. Arthur Waley. New York: Vintage Books. 1938.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Teks asal
Terjemahan