Dos maut median

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari L.D. 50)

Dalam toksikologi, dos maut median (simbol: LD50, daripada istilah Bahasa Inggeris: Lethal dose, 50%, "dos maut, 50%"; LC50Lethal concentration, 50%, "kepekatan maut, 50%"; atau LCt50 - lethal concentration and time, "kepekatan dan masa maut, 50%") bagi sesuatu toksin, sinaran, atau patogen ialah dos yang diperlukan untuk membunuh separuh daripada anggota populasi teruji selepas jangka masa ujian tentu. Angka LD50 kerap digunakan sebagai penunjuk am bagi ketoksikan akut sesuatu bahan. Ujian ini dicipta oleh J.W. Trevan pada 1927.[1] Istilah dos separuh maut kadang-kadang digunakan dengan erti sama, terutamanya dalam terjemahan daripada teks bahasa lain, tetapi juga boleh merujuk dos submaut; oleh sebab ketaksaan ini, ini selalunya dihindari. LD50 biasanya ditentukan dengan ujian terhadap haiwan seperti mencit makmal. Pada 2011, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat meluluskan kaedah alternatif kepada LD50 untuk pengujian dadah kosmetik BOTOX tanpa ujian haiwan.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Tindakan lain bagi ketoksikan[sunting | sunting sumber]

Tindakan berkaitan[sunting | sunting sumber]

  • TCID50 Dos Infektif Kultur Tisu (Tissue Culture Infective Dosage)
  • EID50 Dos Infektif Telur (Egg Infective Dosage)
  • ELD50 Dos Maut Telur (Egg Lethal Dosage)
  • Unit membentuk plak (pfu)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ What is an LD50 and LC50
  2. ^ "Allergan Receives FDA Approval for First-of-Its-Kind, Fully in vitro, Cell-Based Assay for BOTOX® and BOTOX® Cosmetic (onabotulinumtoxinA)". Allergan Web site. 24 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-26. Dicapai pada 15 Ogos 2012.
  3. ^ "In U.S., Few Alternatives To Testing On Animals". Washington Post. 12 April 2008. Dicapai pada 26 Jun 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]