Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari LADEE)
Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer
Gambaran pelukis LADEE dalam orbit Bulan
Jenis misiPenyelidikan atmosfera qamari
PengoperasiNASA
COSPAR ID2013-047A
SATCAT №39246
Tapak webLaman web LADEE
Jangka masa misiMisi utama: 100 hari
Misi dilanjutkan: 28 hari
Masa sejak pelancaran: 223 hari
Ciri kapal angkasa lepas
BasMCSB
PembuatPusat Penyelidikan Ames
Berat berlepas383 kg (844 lb)[1]
Berat kering248.2 kg (547 lb)[2]
Berat muatan49.6 kg (109 lb)[2]
Dimensi1.85×1.85×2.37 m (6.1×6.1×7.8 ka)[2]
Kuasa295 watt[2]
Permulaan misi
Tarikh pelancaran7 September 2013, 03:27 (2013-09-07UTC03:27Z) UTC[3]
RoketMinotaur V Flight 1
Tapak pelancaranMARS LP-0B
KontraktorOrbital Sciences Corporation[2]
Pengakhiran misi
Telah dibuangKeluar orbit
Tarikh pereputan18 April 2014 (2014-04-19), ~04:30 UTC
Parameter orbit
Sistem rujukanSelenosentrik[4]
Periselene25–50 km (16–31 bt)[5]
Aposelene60–80 km (37–50 bt)[5]
Kecenderungan157 darjah[5]
Tempoh111.5 hingga 116.5 minit[2]
EpochDirancang (fasa sains)
Pengorbit Bulan
Sisipan orbit6 Oktober 2013, 10:57 UTC
Pada saat fajar dan senja, anak-anak kapal Apollo melihat cahaya dan sinaran di atmosfera Bulan.[6] Lakaran Apollo 17 ini menunjukkan sinaran senja yang penuh misteri.

Kapal angkasa lepas Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE)[7]) (Pengembara Atmosfera dan Persekitaran Habuk Qamari) ialah sebuah misi pengembaraan qamari dan demonstrasi teknologi yang diketuai Pusat Penyelidikan Ames NASA dengan kerjasama Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard. Ia dilancarkan dengan menggunakan roket Minotaur V dari Mid-Atlantic Regional Spaceport pada 7 September 2013.[8] Sepanjang misinya selama tujuh bulan, LADEE mengorbit mengelilingi khatulistiwa Bulan dan menggunakan peralatannya bagi mengkaji eksosfera qamari dan habuk yang terdapat dekat dengan Bulan. Peralatan-peralatan yang digunakan termasuk pengesan habuk, spektrometer jisim neutral, spektrometer ultraungu boleh lihat dan juga sebuah demonstrasi teknologi, iaitu sebuah terminal komunikasi laser (lasercomm).[9] Misi ini berakhir pada 18 April 2014, apabila pengawal kapal angkasa ini dengan sengaja menjatuhkan LADEE ke sisi jauh Bulan.[10][11]

Objektif[sunting | sunting sumber]

LADEE ialah sebuah misi strategik yang direka menangani tiga matlamat sains utama:[12]

  • Menentukan kemampatan tuntas, rencaman dan kebolehubahan mengikut masa eksosfera qamari yang halus sebelum ia diusik lagi oleh aktiviti manusia;
  • Menentukan sama ada apa yang dilihat angkasawan Apollo, iaitu pancaran baur yang dilihat berpuluh kilometer di atas permukaan Bulan itu bara natrium ataupun habuk dan;
  • Mencatatkan persekitaran penghentam habuk (saiz-kekerapan) bagi membantu kejuruteraan seni bina buat pangkalan terpencil dan juga misi-misi robot pada masa mendatang.

dan satu matlamat demonstrasi teknologi:

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NASA's LADEE Mission | NASA
  2. ^ a b c d e f "Press Kit: Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE) Launch" (PDF). NASA.gov. Ogos 2013. Dicapai pada 8 September 2013.
  3. ^ NASA Launch Schedule | NASA
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nsf20130906 tidak disediakan
  5. ^ a b c Blau, Patrick. "LADEE - Mission and Trajectory Design". Spaceflight 101. Dicapai pada 19 April 2014.
  6. ^ Moon Storms
  7. ^ "LADEE Mission Overview". NASA.gov. 6 September 2013. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  8. ^ "Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE)". National Space Science Data Center Master Catalog. NASA.
  9. ^ "Missions - LADEE - NASA Science". NASA.
  10. ^ Chang, Kenneth (18 April 2014). "With Planned Crash, NASA Lunar Mission Comes to End". The New York Times. Dicapai pada 19 April 2014.
  11. ^ Dunn, Marcia (18 April 2014). "NASA's Moon-Orbiting Robot Crashes Down as Planned". ABC News. Dicapai pada 19 April 2014.
  12. ^ "NASA Solicitation: Instruments for LADEE Lunar Mission". SpaceRef. 25 Mac 2008. Dicapai pada 30 Julai 2011.
  13. ^ "Space Laser To Prove Increased Broadband Possible". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2014-04-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]