LIMA 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

LIMA 2011 atau 'Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi' edisi ke-11 di Pulau Langkawi,Kedah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Disember 2011. Pameran ini dari 6 -10 Disember 2011.

Perasmian dimulakan dengan lintas hormat dua pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), F-5E yang terbang rendah di landasan kapal terbang di hadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).Tiga pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) negara asing iaitu Boeing F/18E dari Amerika Syarikat, Eurofighter Typhoon keluaran BAE Systems dan Rafale Dassault turut membuat formasi.

Turut hadir ialah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Al Thani dari Qatar turut hadir.[1]


Pameran dibuka kepada orang ramai pada 9 dan 10 Disember di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat untuk pameran udara.Pameran maritim di Awana Porto Malai, Kuah.[2]

Pempamer[sunting | sunting sumber]

178 pempamer dari Malaysia dan 220 dari luar negara turut terlibat dalam LIMA edisi ke-11 ini.Antaranya ialah National Aerospace and Defence Industries (NADI), Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), Composite Technology Research Malaysia (CTRM), Hitech Padu Berhad, Sapura Secured Technologies, Zetro Aerospace Corporation, Ikramatic, Satang Jaya dan MAS Engineering.

Penyertaan dari 386 syarikat, mewakili 33 negara dan 88 % gerai habis ditempah.Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun memaklumkan bahawa penyertaan syarikat gergasi seperti Airbus, Boeing, Dassault, Gulfstream, Embraer, SAAB, Sukhoi, Eurocopter, AgustaWestland, Sikorsky, Helicopter Bell, Fincantieri, Daewoo Shipbuilding, Navantia, DamenShipyard, Blohm dan Voss, Lurssen, Goa Shipyard dan DCNS.


Sebanyak 42 pesawat dan 30 buah kapal hadir.Persembahan aerobatik dan statik dilakukan oleh pesawat-pesawat Gulfstream G45 Business Jet, Bombardier, CessnaCaravan, A400M, Su 30MKM, F/A-18D, F-18 Super Hornet, MiG-29N, Super Lynx, Augusta A109, Mi 17 S & R Helicopter, Eurofighter Typhoon dan AH6i Boeing.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad memaklumkan bahawa jet pejuang Rafale buatan Perancis, Gripen (Sweden), FA-18 Super Hornet (Amerika Syarikat) dan Eurofighter Typhoon (Eropah) turut membuat formasi aerobatik di udara dan pameran statik.


Krisakti dari TUDM turut membuat persembahan menggunakan empat buah pesawat Extra 300L.[3]


Abdul Halim Othman selaku pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat akan memastikan operasi 24 jam.400 syarikat dari 56 negara akan terlibat.[4]


Pameran maritim[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 14 kapal milik tentera laut dan perdagangan dari 11 negara turut serta berbanding 12 kapal asing pada 2009.Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menampilkan 10 kapal termasuk sebuah kapal selam sementara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mempamerkan empat kapal milik APMM. Panglima tentera laut dari tujuh negara, lapan timbalan panglima tentera laut turut serta.Kesemuanya 22 wakil negara luar hadir.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi HW Lima Sdn. Bhd., Tan Sri Abdul Wahab Nawi.[5]

APMM[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish memaklumkan bahawa APMM telah beroperasi sejak November 2005.Empat buah bot pemintas, iaitu 2 buatan Turki dan 2 buatan tempatan berkelajuan 65 knot turut dipamerkan.Helikopter AW 139 dan kapal-kapal milik APMM turut mengambil bahagian.Seramai 300 hingga 400 pegawai dan anggota APMM terlibat dalam pameran ini.[6]

Produk perlancongan[sunting | sunting sumber]

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Kompleks Makanan Laut (Komalaut) dan Masjid Terapung Al Hussain di Kuala Perlis dipantau kebersihannya sempena LIMA 2011.Majlis Perbandaran Kangar (MPK)bertanggungjawab memastikan persekitaran Kuala Perlis dan di Laman Brasmana di Terminal Feri Kuala Perlis.Biasanya musim cuti pelancong ramai ke Wang Kelian dan Padang Besar yang merupakan destinasi membeli-belah di pinggir sempadan Malaysia-Thailand.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]