La Poste

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La Poste S.A.
Nama asliLa Poste Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
IndustriPerkhidmatan pos, kurier
Ditubuhkan1991; 33 tahun yang lalu (1991)
(sejak penubuhan perkhidmatan pos kebangsaan pertama Perancis pada 1477)
PengasasLouis XI[1]
Ibu pejabat9 rue du Colonel Pierre Avia, 75015 Paris, Perancis
Kawasan perkhidmatanFrance / Monaco / Andorra
Tokoh pentingPhilippe Wahl
(CEO)
PerkhidmatanJawatan surat, perkhidmatan bungkusan, perbankan, insurans, pengendali rangkaian mudah alih
Hasil23,294 juta (2016)[2]
Pendapatan kendalian€975 juta (2016)[2]
Pendapatan bersih€849 juta (2016)[2]
PemilikKerajaan Perancis (73.7%)
Caisse des dépôts (26.3%)
Bilangan kakitangan260,000 (2016)[3]
Syarikat indukGroupe La Poste
Anak syarikatLa Poste
Geopost
La Banque postale
La Poste mobile
Tapak webwww.laposte.fr
Facebook: laposte Twitter: lisalaposte Instagram: laposte Youtube: UCYeISRZpKdwSU39MRUBfNvw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

La Poste ialah sebuah syarikat perkhidmatan pos di Perancis, yang beroperasi di kawasan metropolitan ia di benua Eropah serta di lima jabatan seberang laut dan kolektiviti luar negeri Saint Pierre dan Miquelon. Ia juga merangkumi di Monaco melalui La Poste Monaco serta di Andorra bersama dengan syarikat Sepanyol Correos, kedua-duanya melalui perjanjian dua hala tertentu.

Syarikat ini diwujudkan pada tahun 1991 berikutan perpecahan PTT France, sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab atas penghantarab mel, telegraf dan perkhidmatan telefon di Perancis sejak 1879, dan France Télécom (kini Orange) yang merangkumi perkhidmatan telekomunikasi. France Télécom segera diswastakan tetapi La Poste tetap menjadi syarikat awam. Bagaimanapun, arahan EU [perlu rujukan] yang memerlukan negara anggota mewujudkan persaingan dalam khidmat pos mereka menyebabkan kerajaan Perancis membenarkan syarikat perkhidmatan pos swasta pada tahun 2005 lalu mengubah La Poste menjadi sebuah syarikat milik awam yang dibatasi saham pada tahun 2010.

La Poste adalah syarikat induk Groupe La Poste, yang juga terdiri daripada bank dan syarikat insurans (La Banque postale), sebuah syarikat perkhidmatan logistik (Geopost) dan pengendali rangkaian mudah alih (La Poste Mobile). Walaupun aktiviti posnya merosot kerana pembangunan Internet, mereka masih mewakili separuh pendapatan syarikat. Aktiviti lain, seperti penghantaran dan perbankan sampingan, terus meningkat. Kedua-duanya mewakili satu perempat daripada pendapatan syarikat pada tahun 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "La Poste à travers le temps - Le Groupe La Poste". Le Groupe La Poste (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 16 April 2018.
  2. ^ a b c "Chiffres clés" (dalam bahasa Perancis). Groupe La Poste. Dicapai pada 28 September 2017.
  3. ^ "L'essentiel du Groupe La Poste - Le Groupe La Poste". Le Groupe La Poste (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 16 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]