Labah-labah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Labah-labah
Orb weaver spider day web02.jpg
Seekor labah-labah di sarang pada waktu subuh.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Araneae

Clerck, 1757
Suborder

Araneomorphae
Mesothelae
Mygalomorphae

Diversiti[1]
132 keluarga, k.k. 50,000 spesies

Labah-labah, lelabah, laba-laba atau lelaba merupakan haiwan invertebrata artropoda pemangsa yang berkaki lapan, mulut yang tidak boleh mengunyah, mempunyai dua tagma dan organ menghasilkan sutera.[2] Labah-labah dikelaskan dalam order Araneae, satu daripada beberapa ordo dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Setakat Ogos 2022, terdapat 50,356 spesies labah dalam 132 keluarga dan 4,280 genus telah dicatatkan ahli-ahli taksonomi.[1] Pengkajian labah-labah dikenali sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.

Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan daripada organ spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen. Dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.

Kesemua kecuali satu genus labah-labah mempunyai mulut bertaring yang berupaya untuk mencucuk bisa[3] untuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Hanya subset labah-labah yang terhad yang mampu mengakibatkan masalah perubatan yang teruk apabila mengigit manusia. Kebanyakan jenis labah-labah yang lain mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Perkataan labah-labah (Jawi: لابه٢) dan laba-laba (Jawi: لاب٢) dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *lawa₂ yang sama maksudnya. Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk lawa-lawá dalam bahasa Tagalog.[4]

Perkataan lelaba (Jawi: للاب) digunakan di Kedah.[5]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama order haiwan ini, Araneae, dijejak daripada perkataan bahasa Latin aranea[6] meminjam daripada perkataan bahasa Yunani Purba ἀράχνη arákhnē daripada ἀράχνης arákhnēs yang sama maksudnya.[7]

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Anatomi labah-labah:
(1) empat pasang kaki artropod
(2) sefalotoraks
(3) opistosoma

Badan[sunting | sunting sumber]

Seekor labah-labah mempunyai badan dibahagikan dengan kaki bersendi dipenuhi kulit ari diperbuat daripada kitin dan protein; kepala yang terdiri daripada beberapa bahagian yang bercantum semasa ia masih embrio yang berkembang.[8]:518–522

Labah-labah hanya mempunyai dua tagma dan bukannya tiga tidak seperti serangga-serangga lain: kepala dan toraks bercantum menjadi bahagian depan dikenali sebagai sefalotoraks atau prosoma, dan bahagian belakang dikenali sebagai abdomen atau opistosoma.[8]:554–555 Abdomen dan sefalotoraks dihubungkan oleh bahagian silinder yang halus dikenali sebagai pedikel[8]:571–584 atau somit pragenital, satu ciri yang membenarkan labah-labah menggerakkan abdomennya pada semua arah. Bahagian ini sebenarnya segmen terakhir (somit) sefalotoraks dan hilang bagi kebanyakan ahli Araknid lain (pada kala jengking ia hanya dapat dikesan pada peringkat embrio).

Sejenis labah-labah yang kelihatannya pengecualian adalah apa yang dikenali sebagai labah-labah pembunuh, yang sefalotoraks kelihatan hampir terbahagi kepada dua unit yang bebas. Kecuali bagi beberapa spesies labah-labah yang amat primitif (famili Liphistiidae), abdomen tidak terbahagi secara luaran.

Labah-labah telah pun wujud di dunia semenjak 110 juta tahun dahulu, hasil daripada jumpaan fossil labah-labah di dalam batu amber di Sepanyol, contoh fossil sarang labah-labah tertua pernah dijumpai. Di dalamnya terdapat 26 utas sutera labah-labah, kebanyakanya bercantum, termasuk mangsa labah-labah seperti lalat, langau, kumbang, dan penyengat.

Mata[sunting | sunting sumber]

Labah-labah ada empat pasang biji mata di atas bahagian depan badan. Biji-biji mata ini disusun berbeza-beza dalam banyak keluarga lelabah ini.[8]:571–584

Spineret[sunting | sunting sumber]

Abdomen seekor labah-labah mempunyai sambungan terdiri daripada satu hingga empat organ pendek atau spineret yang boleh menghasilkan sejenis sutera untuk merakut sarang. Setiap organ ini mempunyai banyak kepala yang disambungkan kepada satu kelenjar sutera. Organ tersebut ada sekurang-kurangnya enam jenis kelenjar sutera masing-masing menghasilkan sejenis sutera yang berbeza.[8]:571–584

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Currently valid spider genera and species". World Spider Catalog. Natural History Museum Bern. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  2. ^ Selden, P.A. & Shear, W.A. (Disember 2008). "Fossil evidence for the origin of spider spinnerets". PNAS. 105 (52): 20781–85. Bibcode:2008PNAS..10520781S. doi:10.1073/pnas.0809174106. PMC 2634869. PMID 19104044.
  3. ^ Cushing, P.E. (2008). "Spiders (Arachnida: Araneae)". Dalam Capinera, J.L. (penyunting). Encyclopedia of Entomology. Springer. m/s. 3496. doi:10.1007/978-1-4020-6359-6_4320.
  4. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*lawa₂ — spider". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 31 Oktober 2022.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "laba". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 1 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "ărānĕa". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  7. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ἀράχνη". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  8. ^ a b c d e Ruppert, E.E.; Fox, R.S.; Barnes, R.D. (2004). Invertebrate Zoology (ed. ke-7). Brooks/Cole. ISBN 978-0-03-025982-1.