Labu siam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Labu siam
لابو سيام
Chouchous dijual di pulau Réunion
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. edule
Nama binomial
Sechium edule
Sinonim[1]

Labu siam atau nama saintifiknya Sechium edule[2] adalah sejenis spesies tumbuhan dari keluarga Cucurbitaceae serumpun timun. Ia bertaburan asal merangkumi kawasan selatan Mexico ke Guatemala di Amerika Tengah[3] di mana ia diperkenalkan para pelayar Sepanyol semasa Pertukaran Columbus.

Buahnya dimakan sebagai ulam.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok labu siam jenis menjalar dari akar berubi besar dengan batang berjalur memanjang dan sulur besar.[2] Daun pokok tersusun berpilin berbulu halus.[2]

Bunga jantan menjambak pada ketiak daun[2][4] manakala bunga betina tumbuh tunggal sahaja.[4] Buahnya berukuran sederhana berkulit licin dan berwarna kehijauan dengan sebiji benih sahaja dalamnya.[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sicyos edulis". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  2. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 64–65. ISBN 967-61-1390-5.
  3. ^ León, Jorge (2000). Botanica de los cultivos tropicales (dalam bahasa Sepanyol). Agroamerica. m/s. 166–168. ISBN 978-92-9039-395-5.
  4. ^ a b Grubben, G.J.H. (2004). Plant resources of tropical Africa: Vegetables. Backhuys. ISBN 978-90-5782-147-9.
Sumber utama
  • Rafael Lira Saade. 1996. Chayote Sechium edule (Jacq.) Sw. Promoting the conservation and use of underutilized and neglected crops. 8. Institute of Plant Genetics and Crop Plant Research, Gatersleben/International Plant Genetic Resources Institute, Rome, Italy. ISBN 92-9043-298-5 available in pdf format

Pautan luar[sunting | sunting sumber]