Labuan FM
Jump to navigation
Jump to search
Radio Malaysia Labuan FM (dulu Radio 3 Labuan, Radio Malaysia Labuan) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
- Radio Malaysia Labuan ditubuhkan selepas dua tahun empat bulan Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dengan perjanjian mengenainya ditandatangani pada 16 April 1984.
- Ditubuhkan pada detik bersejarah sambutan Hari Kebangsaan ke-29 iaitu pada 31 Ogos 1986.
- Tapak stesen - kawasan seluas 3.19 hektar di Tanjung Taras - 3 km dari pusat bandar.
- Memulakan operasi menerusi gelombang FM Stereo Labuan FM 102.9 MHZ menggunakan kontena yang diubahsuai menjadi bilik hubungan (konti).
- Kendalian studio secara 'One Man Operational County'.
- Memulakan siarannya selama lima jam sehari, bermula jam 6 pagi, kemudiannya ditambah kepada sepuluh jam sehari pada 1 Januari 1992 dan berperingkat tambahan siarannya sehingga sehingga kepada 11 jam 15 minit sehari.
- Pada 1 Julai 1996 Radio Malaysia Labuan berpindah ke bangunan barunya dan operasinya ditambah kepada 13 jam 15 minit sehari dan pada 1 Jun 2005 siaran RTM Labuan telah ditambah lagi kepada 18 jam dan 15 minit sehari yang bermula jam 05:45 pagi hingga 12 tengah malam (00:00) . Pada 21 Julai 1994 frekuensi telah ditukar kepada 103.7 Mhz dan saluran tambahan 89.4 Mhz apabila tertubuhnya Stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai pada tahun 2000.
- Memulakan operasi dengan 10 orang kakitangan, seorang ketua stesen, 4 kakitangan Bahagian Rancangan, 4 petugas Bahagian Kejuruteraan dan seorang petugas Bahagian Berita Ehwal Semasa.