Ladang Getah Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ladang Getah Semenyih atau 'Semenyih Rubber Estate Ltd' terletak di Semenyih kira-kira 32 km di selatan Kuala Lumpur. Pengusaha British telah mengusahakan ladang ini dengan tanaman getah dan para pekerjanya dibawa dari Ceylon/Sri Langka, India.

Pada 1 September 1936, hasil kenaikan harga bijih timah dan merudumnya harga getah, sebahagian ladang ini akan digali bijih timah. Dalam mesyuarat di London, Mr H.F. Crosthwaite menjelaskan bahawa 70 ekar akan dilombong bagi mendapatkan bijih timah . Ladang getah seluas 80 ekar di Sungai Lalang Semenyih juga akan dilombong bijih timah. Kerja perlombongan akan dijalankan oleh syarikat Semenyih Tin Company Ltd. [1]

Aktiviti perlombongan ini tergendala seketika ekoran Perang Dunia Kedua dari 1941-1945 apabila tentera Jepun menjajah Tanah Melayu. Beberapa penduduk tempatan menjelaskan bahawa tentera Jepun berkayuh basikal dari arah Kuala Lumpur ke Seremban di selatan. Sebelum perang, seorang rakyat Jepun pernah membuka kedai basikal di Semenyih dan dikatakan menjadi perisik tentera Jepun. Kedai basikal tersebut masih ada sekarang ini di Semenyih iaitu kedai barangan elektrik Ban Soon Hin. Kedai basikal itu diambil alih oleh Ng Boon Hwa / Achun yang kini berusia 96 tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Straits Times, 1 September 1936, hlm 7 'SEMENYIH RUBBER MEETING.[pautan mati kekal]
  2. ^ Temubual pada 2001