Champ de blé avec cyprès

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ladang gandum dengan Sipres)
Ladang gandum dengan Sipres (New York)
PelukisVincent van Gogh
Tahun1889
JenisMinyak pada kanvas
LokasiMetropolitan Museum of Art, New York
Ladang gandum dengan Sires (London)
PelukisVincent van Gogh
Tahun1889
JenisMinyak pada kanvas
LokasiThe National Gallery, London

Champ de blé avec cyprès ("Ladang gandum dengan Sipres" - juga Wheat Field with Cypresses) ialah satu daripada tiga lukisan seakan yang dilukis Vincent van Gogh pada tahun 1889. The National Gallery ("Galeri Kebangsaan") di London mempamerkan lukisan versi September 1889. Satu lagi lukisan, yang dihasilkan pada bulan Julai tahun yang sama, berada di Metropolitan Museum of Art ("Muzium Seni Metropolitan") di New York, sementara yang ketiga berada di dalam himpunan peribadi. Ketiga-tiga lukisan dihasilkan di hospital mental di Saint-Remy, Perancis, semasa van Gogh menjadi pesakit di sana.

Dalam satu surat kepada saudara lelakinya, Theo, Vincent memerikan lukisan tersebut: "Saya mempunyai kanvas penuh dengan pohon sipres dengan batang-batang gandum, beberapa pokok popi, langit biru seakan-akan corak plaid Scotland; yang terdahulu dilukis dengan cat pekat [impasto] ... dan ladang gandum di bawah sinar matahari, yang menggambarkan kepanasan, juga pekat."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Champ de blé avec cyprès di Wikimedia Commons